PUTRAJAYA: Amalan integriti dalam kalangan rakyat dilihat sebagai nadi atau asas utama dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia lebih hebat di persada dunia, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata melalui amalan itu, kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) yang meletakkan negara di tangga ke-27 pada 2023, meningkat daripada kedudukan 32 pada 2022 dan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang meningkat daripada kedudukan ke-61 pada 2022 ke tempat 57 pada 2023.
"Oleh yang demikian, saya melihat bahawa keterlibatan sektor awam dan swasta dalam membudayakan integriti khususnya melalui penyertaan dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) ini adalah antara perjalanan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan," katanya ketika berucap pada majlis AIGA 2023 di sini hari ini.
Mohd Zuki, yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), berkata pelaksanaan AIGA oleh institut itu adalah selaras dengan Pelan Strategik IIM 2024-2034 untuk menjadikan IIM sebagai sebuah badan penilaian serta pengiktirafan integriti dan tatakelola.
Beliau berkata selari dengan moto baharu iaitu 'Komited Membudayakan Integriti,' Pelan Strategik IIM dirangka dan dibangunkan bagi menyokong serta mendukung Kerajaan Perpaduan dalam mempertingkatintegriti dan tatakelola negara.
AIGA 2023 akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam serta swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik selain inisiatif antirasuah dalam organisasi masing-masing.
Mohd Zuki juga berkata sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.
"Terdapat peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding tahun 2022 yang hanya disertai 116 organisasi di seluruh negara.
"Saya amat berharap pelaksanaan AIGA ini akan berjaya menyuntik semangat dan komitmen berterusan terutama kepada semua organisasi sama ada awam mahupun swasta untuk mempertingkat sistem pengurusan kawalan dalaman dan tadbir urus masing-masing," katanya.
AIGA 2023 turut memperkenal anugerah khas iaitu 'Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Berintegriti Terbaik selain Penghargaan Khas Integriti.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Mohd Zuki berkata, sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023. - Gambar fail
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.
Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia - Mohd Zuki
Sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.
KPT bentang empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera di KEB 2024
KPT menggariskan empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bermula Khamis ini.
LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.