awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Interceptor 005 tajaan Coldplay mula operasi bersihkan Sungai Klang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2023
04:10 MYT
Interceptor 005 tajaan Coldplay mula operasi bersihkan Sungai Klang
Izham berkata, jentera menggunakan teknologi dari Netherland itu ditaja sebuah kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Coldplay. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Jentera kedua di bawah kendalian The Ocean Cleanup yang digunakan untuk kutipan sampah dalam sungai atau Interceptor 005 mula beroperasi di Sungai Klang.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, 'interceptor' kedua itu beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019.
"Untuk makluman, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Interceptor 005 di bawah inisiatif projek Selangor Maritime Gateway (Gerbang Maritim Selangor).
"Dengan kehadiran Interceptor 002 dan 005, Sungai Klang yang berada di tahap kekotoran tertinggi iaitu lima, turun ke tahap ketiga," katanya menerusi ciapan di laman Twitternya pada Khamis.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah berkata, jentera menggunakan teknologi dari Netherland itu ditaja sebuah kumpulan muzik terkenal antarabangsa.
"Saya menghargai usaha kugiran ternama dunia, Coldplay bersama NGO The Ocean Cleanup yang sudi menaja Interceptor 005, mesin memerangkap sampah di Sungai Klang.
"Saya juga menyeru kepada seluruh masyarakat agar menjaga kebersihan sungai di seluruh negeri Selangor demi masa depan generasi akan datang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Interceptor 005
#Coldplay
#The Ocean Cleanup
#sungai klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan