awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Interpol iktiraf garis panduan dibangunkan Pasukan Forensik Digital CSM

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2023
03:15 MYT
Interpol iktiraf garis panduan dibangunkan Pasukan Forensik Digital CSM
Pasukan Forensik Digital Cyber Security Malaysia (CSM) telah diperakui oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai penyumbang utama kepada pembangunan 'Interpol Guidelines for Seizing Virtual Asset.'
KUALA LUMPUR: Pasukan Forensik Digital Cyber Security Malaysia (CSM) telah diperakui oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai penyumbang utama kepada pembangunan 'Interpol Guidelines for Seizing Virtual Asset.'
Menurut Jabatan Komunikasi Korporat CSM, Garis Panduan Interpol itu menyediakan kaedah komprehensif bagi melaksanakan penyiasatan aset maya, termasuklah mata wang kripto kepada pegawai penyiasat dan pakar perundangan daripada 194 negara anggotanya.
"Pasukan Forensik Digital CSM yang diketuai Sarah Khadijah Taylor telah melancarkan garis panduan berkenaan pada Persidangan Penguatkuasaan Undang-undang Forum Teknologi Baharu Interpol ke-2, di Nuremberg, Jerman, pada 12 Oktober lalu.
"Garis panduan itu juga dibangunkan sebagai salah satu usaha bagi membanteras jenayah siber melibatkan aset maya yang semakin berleluasa," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pencapaian ini amat membanggakan dan perakuan oleh Interpol merupakan pengiktirafan terhadap kecekapan pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia.
"Keupayaan pakar berkenaan terbukti berjaya menghasilkan penyelesaian yang inovatif dalam usaha menangani serta membanteras ancaman dan jenayah siber di Malaysia.
"Pengiktirafan ini juga melonjakkan nama negara ke persada dunia teknologi digital yang kian mencabar pada masa ini.
"CyberSecurity Malaysia telah menjadi contoh cemerlang di sebalik pembangunan beberapa garis panduan dengan pendekatan praktikal yang berkesan bagi membantu siasatan jenayah siber di Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#pasukan forensik
#Digital Cyber Security Malaysia
#Interpol
#Garis Panduan Interpol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan