awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan

Bernama
Bernama
24/01/2025
13:04 MYT
IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan
Majlis penyerahan bantuan berlangsung di gudang JHCO di Zarqa, Jordan, yang dihadiri Ketua Pengarah IOFS Berik Aryn dan Duta Kazakhstan ke Jordan, Talgat Shaldanbay. - Gambar IOFS/Bernama
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Islam bagi Keterjaminan Makanan (IOFS) telah menghantar konvoi bantuan pertama menerusi "Program Tepung untuk Kemanusiaan" ke Gaza pada Isnin (20 Jan), membekalkan 200 tan tepung gandum untuk menangani kekurangan makanan kritikal.
Disokong oleh Kazakhstan, selaku negara tuan rumah IOFS, serta negara anggota lain, bantuan itu ditujukan untuk memenuhi keperluan mendesak di Gaza berikutan konflik yang berlarutan sehingga menyebabkan lebih 1.84 juta penduduk mengalami kelaparan.
Dalam satu kenyataan, IOFS memaklumkan Kazakhstan selaku negara tuan rumah memainkan peranan penting dalam menyokong "Program Tepung untuk Kemanusiaan".
"Kepimpinan dan sokongan berterusan Kazakhstan terhadap IOFS adalah aspek penting yang membolehkan organisasi ini melaksanakan aktiviti kemanusiaannya, termasuk Program Tepung untuk Kemanusiaan. Ini mencerminkan komitmen negara itu dalam menangani isu keterjaminan makanan dan krisis kemanusiaan secara global," menurut IOFS.
Majlis penyerahan bantuan berlangsung di gudang Pertubuhan Kebajikan Hasyimiah Jordan (JHCO) di Zarqa, Jordan, yang dihadiri Ketua Pengarah IOFS Berik Aryn dan Duta Kazakhstan ke Jordan, Talgat Shaldanbay.
Aryn menyampaikan penghargaan kepada para penderma dan rakan kongsi sambil menegaskan komitmen IOFS terhadap prinsip ketelusan dan berkecuali.
Beliau turut menyeru sokongan berterusan untuk mengekalkan usaha bantuan dan membantu proses pemulihan di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#IOFS
#proses pemulihan
#JHCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan