Ringkasan AI
- Empat stesen pengawasan di Johor dan Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 150 setakat jam 2 petang.
- Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 155, manakala Larkin, Serian dan Sri Aman mencatatkan bacaan antara 151 hingga 152.
- Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
KUALA LUMPUR: Empat stesen pengawasan di Johor dan Sarawak terus berada dalam kategori tidak sihat apabila merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 setakat jam 2 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada paras 155.
Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing merekodkan peningkatan kepada bacaan IPU 152 berbanding 151 sejam sebelumnya. Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan sedikit penurunan kepada 151 berbanding 152 sebelum ini.
Bagi kategori sederhana, sebanyak 59 stesen pengawasan berada dalam julat berkenaan dengan beberapa kawasan di Sarawak dan Johor menghampiri kategori tidak sihat.
Samarahan di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi bagi kategori sederhana iaitu 96, diikuti Kuching (95). Batu Pahat dan Pengerang di Johor serta Bintulu di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan IPU 89.
Sementara itu, jumlah stesen yang mencatatkan kualiti udara baik meningkat kepada empat selepas Taiping di Perak merekodkan bacaan IPU 50. Tiga lagi kawasan dalam kategori baik ialah Kulim Hi-Tech, Kedah (50), Langkawi, Kedah (44) dan Kangar, Perlis (37), yang turut merekodkan bacaan terendah di negara ini.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya serta memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah stesen yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 2 petang?
A: Empat stesen iaitu Pasir Gudang dan Larkin di Johor, serta IPD Serian dan Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 150. - Q: Berapakah bacaan IPU tertinggi yang direkodkan dan di mana lokasinya?
A: Bacaan IPU tertinggi ialah 155, direkodkan di Pasir Gudang, Johor. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya. - Q: Berapakah jumlah stesen yang mencatatkan kualiti udara baik dan di mana lokasinya?
A: Empat stesen mencatatkan kualiti udara baik iaitu di Taiping (Perak), Kulim Hi-Tech (Kedah), Langkawi (Kedah), dan Kangar (Perlis). - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai ketika bacaan IPU tidak sihat?
A: Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya, dan memakai pelitup muka untuk mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.