Skip to main content

Malaysia

PTTI, Yayasan Hasanah perkukuh persediaan 2,500 pelajar SPM

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar (tengah) menyampaikan tablet kepada wakil pengetua sekolah dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (dua kanan), bagi kegunaan pelajar terpilih menerusi Program Anak Kita 2.0 (PAK 2.0).

Advertisement

Ringkasan AI

  • Seramai 2,500 pelajar SPM tahun ini menerima manfaat Program Anak Kita 2.0 hasil kerjasama PTTI, Yayasan Hasanah dan Kementerian Pendidikan.
  • Program selama enam bulan ini memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah serta aspek emosi dan kesihatan minda pelajar.
  • Seramai 185 pelajar dari Melaka dan Negeri Sembilan menerima tablet bagi memastikan akses pendidikan lebih baik melalui saringan keperluan peranti digital.

SEREMBAN: Seramai 2,500 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menerima manfaat Program Anak Kita (PAK) 2.0 menerusi kerjasama Pusat Tuisyen PTTI, Yayasan Hasanah dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Inisiatif program selama enam bulan yang bukan hanya berorientasikan keputusan peperiksaan semata-mata itu turut direalisasikan menerusi kolaborasi strategik bersama Kementerian Kewangan (MOF), Unit Pantau MADANI serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).  

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata program intervensi berkenaan memberi tumpuan khusus kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini bagi membantu peningkatan dalam tiga subjek teras iaitu Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah.  

“Kita menyasarkan untuk membantu murid-murid SPM khususnya yang nak menduduki peperiksaan tahun ini.  

"Melalui PAK 2.0 kita dapat membantu 2,500 pelajar untuk mendapat akses kepada pendidikan dan meningkatkan kemampuan mereka dalam tiga subjek utama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI, di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Image
[TB]_PROGRAM ANAK KITA 3_ASTRO AWANI
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (lima kanan) menyerahkan 30 tablet bagi kegunaan pelajar terpilih di enam sekolah di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kelayakan pemilikan peranti digital, Pengurus Pembangunan Perniagaan merangkap Pengarah PAK PTTI, Muhammad Eizlan Haikal Mohamed Eusop menjelaskan sesi penilaian awal telah mula dilaksanakan sejak bulan Jun lalu.

“Dari segi pemilihan (pemilikan) tablet, kita sudah bermula pada bulan Jun dan kemudian kita ada buat ‘survey’ yang mana daripada 2,500 murid yang terlibat dari JPN Negeri Melaka dan JPN Negeri Sembilan. Kami mendapati seramai 185 murid betul-betul memerlukan tablet untuk akses.  

"Mereka sebelum ini ada telefon tetapi tidaklah begitu 'updated'. Jadi, dengan bantuan dan kerjasama KPM, MOF dan PTTI, kita dapat bantu 185 murid ini merangkumi 155 di Melaka dan 30 di Negeri Sembilan untuk mendapat akses secara langsung," jelasnya.  

Tambah Muhammad Eizlan Haikal, fokus utama program ini meliputi pendekatan holistik dan bukannya sekadar berorientasikan keputusan peperiksaan semata-mata.  

“Program Anak Kita yang kita bawakan bersama PTTI ini bukan sahaja fokus kepada keputusan SPM semata-mata, malah kita juga fokus kepada penguasaan emosi dan kesihatan minda, kami bantu mereka menggunakan formula yang sangat mudah belajar sekejap sahaja dan terus cepat faham.  

“Melalui kepakaran guru-guru PTTI dan sokongan IT, kami menyasarkan murid-murid menerusi pelaksanaan PAK ini mampu melonjakkan pencapaian mereka daripada gagal kepada sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM,” ujarnya.  

Image
[TB]_PROGRAM ANAK KITA 1_ASTRO AWANI
155 pelajar di Melaka terima manfaat akses tablet menerusi Program Anak Kita 2.0 (PAK 2.0).

Beliau turut menambah pengalaman bimbingan PTTI selama lebih 10 tahun akan dimanfaatkan sepenuhnya demi merapatkan jurang pembelajaran murid.  

“Kita bukan hanya mengadakan kelas tuisyen biasa, tetapi kita merupakan pusat bimbingan untuk bantu mereka daripada tidak faham (zero) kepada faham dan boleh dapat A. 

“Tanggungjawab kita adalah memastikan setiap pelajar mendapat akses, bimbingan dan sokongan pada masa yang tepat supaya cabaran atau latar belakang ekonomi tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai potensi sebenar,” katanya.

Product Recommendation Section Title

HUAWEI MatePad 11.5 Tablet 8+256GB* | PC-level WPS Office 3.0 l Eye Soothing PaperMatte Display* l Upgraded HUAWEI Notes

HUAWEI MatePad 11.5 Tablet 8+256GB* | PC-level WPS Office 3.0 l Eye Soothing PaperMatte Display* l Upgraded HUAWEI Notes

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

Baseus PrimeTrip VC2 Flex Magnetic Car Phone Holder Wireless Charger Vacuum Mount 360° Rotation Stand Gym Stand Car Mount Travel Holder

Baseus PrimeTrip VC2 Flex Magnetic Car Phone Holder Wireless Charger Vacuum Mount 360° Rotation Stand Gym Stand Car Mount Travel Holder

Vention 18W USB Charger Fast Charging Wall ChargerQC3.0 For Galaxy Huawei Xiaomi Samsung

Vention 18W USB Charger Fast Charging Wall ChargerQC3.0 For Galaxy Huawei Xiaomi Samsung

Must Watch Video

Advertisement