awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB

Bernama
Bernama
07/05/2021
03:58 MYT
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia dijangka terus berada dalam mod pulih sehingga akhir tahun selepas melonjak 9.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2021. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia dijangka terus berada dalam mod pulih sehingga akhir tahun selepas melonjak 9.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2021.
Menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB), jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.
Bank pelaburan itu menjangkakan pertumbuhan akan terus dibantu oleh kadar faedah akomodatif yang mungkin dikekalkan sepanjang 2021.
"Ini akan menyokong komponen utama IPI, terutamanya pembuatan dan elektrik," katanya.
PIVB menambah komponen perlombongan mungkin mendapat keuntungan daripada pertambahan pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC +), yang dijangka bermula Mei dan bulan-bulan seterusnya.
"Itu adalah perkembangan positif yang mungkin berlanjutan sehingga akhir tahun ataupun lebih lama lagi," tambahnya.
Ia turut menyatakan risiko penurunan terhadap IPI mungkin muncul daripada prospek rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) -China yang mungkin dimulakan pada separuh kedua tahun ini.
"Ketidakpastian daripada keputusan rundingan boleh mendorong para pelabur untuk berhati-hati yang sebaliknya pula akan mempengaruhi permintaan untuk produk pembuatan, tambahnya.
Pada Khamis, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) mengumumkan IPI Malaysia melonjak 9.3 peratus pada bulan Mac 2021 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya didorong terutama oleh indeks pembuatan dan elektrik.
DoSM menyatakan IPI Mac juga tertinggi sejak Julai 2013.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#IPI
#Public Investment Bank
#DoSM
#mod pulih
#Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan