Akibat janji manis dan tawaran yang menarik, seorang penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mendakwa diperdaya pengurusan sebuah kolej di utara tanah air.
Noraini Muslim, 26 tahun, berkata dia yang sepatutnya mendapat pinjaman sebanyak RM8,000 untuk setiap semester menerusi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya mendapat RM7,500 sahaja.
“Terdapat pemotongan sebanyak RM500 setiap semester sebagai caj perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak kolej tanpa sebarang penjelasan.
“Itu belum lagi masuk yuran bulanan dianggarkan RM3,500 satu semester dan yang kami dapat lebih kurang RM4,000 sahaja untuk satu semester.
“Saya tak faham kenapa ada caj tersembunyi RM500 yang tak disebut dalam perjanjian pengajian,” katanya pada sidang bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Jelasnya, pihak kolej turut memotong 50 peratus bantuan zakat daripada jumlah RM800 yang patut diterimanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta supaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama PTPTN memantau operasi IPTS.
"Kita tidak mahu sesiapa ambil kesempatan terutama dalam isu pendidikan. Isu ini amat sensitif.
"PTPTN juga perlu turun padang untuk melihat sendiri kursus-kursus yang ditawarkan dan bukan setakat bagi duit sahaja," tagasya.
Selain daripada tawaran pinjaman pendidikan yang mudah lulus, yuran yang rendah, kolej ini juga memberi jaminan bahawa penuntut bakal mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan selepas tamat pengajian.
Ketika ini, mangsa terpaksa menanggung beban hutang RM70,000 dengan PTPTN yang membiayai pengajiannya di peringkat diploma dan ijazah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 04 2018
Noraini Muslim, 26 tahun mendakwa diperdaya pengurusan kolej di utara tanah air. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Syarikat penerbangan kenakan caj tersembunyi akan diambil tindakan - Loke
Syarikat penerbangan yang didapati mengenakan caj tersembunyi ke atas pengguna akan dikenakan tindakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
IPTS kaut untung? 'Songlap' sebahagian wang PTPTN dan zakat penuntut
Pihak kolej turut memotong 50 peratus bantuan zakat daripada jumlah RM800 yang patut diterimanya.