KUCHING: Bacaan indeks pencemar udara (IPU) di tiga bahagian di Sarawak telah mencecah tahap tidak sihat dalam tempoh 1 dan 4 Sept lepas berikutan aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di negara jiran.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata bacaan IPU tidak sihat itu direkodkan di Sri Aman, Kuching dan Serian.
"Bacaan IPU direkodkan di Sri Aman dalam lingkungan 100-155 manakala, bacaan IPU di Kuching dan Serian mula mencatatkan bacaan tidak sihat mulai 4 Sept," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) menetapkan bacaan di bawah 50 sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-200 (sangat tidak sihat) dan lebih 300 (berbahaya).
Katanya menurut data Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpusat di Singapura, sejumlah 1,059 titik panas telah dikesan di wilayah negara jiran berdekatan pada empat hari berkenaan.
Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai kawalan dalaman untuk memastikan tiada pembakaran terbuka berlaku yang menyumbang kepada kejadian jerebu.
"(Ini) termasuk rondaan lapangan secara aktif dan pengesanan titik panas, pelaksanaan program kesedaran larangan pembakaran terbuka, tidak mengeluarkan sebarang permit pembakaran terbuka dan menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Pemandangan berjerebu dirakam berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. - Foto BERNAMA
Mahkamah tolak permohonan CEO GISB, isteri cabar penahanan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB dan isteri yang ditahan mengikut SOSMA.
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
AWANI Ringkas: SARA guna MyKad diperluas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
Kemalangan: 23 cedera bas langgar belakang lori kontena
Sebanyak 23 penumpang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Nibong Tebal awal pagi tadi.
[TERKINI] Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah hantu
Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan tahun enam dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata Mohd Basyir Che Ali, 36, yang menaiki kereta Proton Saga itu bersama isterinya Murni Md Nor, 37, dipercayai berlanggar dengan sebuah toyota hilux sebelum terbabas dan terbakar.
Rujuk bacaan IPU oleh JAS sahaja bagi elak kekeliruan
Berkenaan bacaan Air Quality Index (AQI) yang dikeluarkan AirVisual, JAS berkata bacaan itu menggunakan sensor sahaja.
Jerebu: Bacaan IPU di Labuan meningkat setakat 11 malam, masih tahap sederhana
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Labuan mencatatkan bacaan IPU 78 berbanding IPU 73 pada 4 petang Sabtu.