awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran rancang perkukuh diplomasi pelancongan dengan Malaysia

Bernama
Bernama
04/02/2022
08:11 MYT
Iran rancang perkukuh diplomasi pelancongan dengan Malaysia
Pegawai kanan kedua-dua negara telah mengenal pasti beberapa peluang untuk mengukuhkan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Iran.
KUALA LUMPUR: Iran komited untuk meluaskan hubungan dua hala dengan Malaysia dalam pelbagai bidang, khususnya pelancongan, kata kedutaannya di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan menjelang Hari Kebangsaan Iran pada 11 Februari, yang menandakan Ulang Tahun Ke-43 Revolusi Islam, kedutaan berkata, pegawai kanan kedua-dua negara telah mengenal pasti beberapa peluang untuk mengukuhkan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Iran.
Kenyataan itu menyebut pelancongan dengan dimensi budaya dan komprehensif mewujudkan persefahaman bersama antara negara dan Asia memiliki lebih banyak inisiatif sumber untuk mencipta masa depan yang cerah.
"Selama kira-kira dua dekad, Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong Iran yang ingin berkunjung ke negara yang aman dan penduduk yang mesra. Rakyat Iran yang melawat Malaysia mengakui negara ini sebagai negara yang selamat dan maju.
"Kesamaan antara Iran dan Malaysia adalah elemen penting dan positif untuk memperkenal dan mengembangkan pelancongan," kata kenyataan itu.
Kedutaan itu berkata kerajaan Iran mengadakan usaha bersepadu untuk menarik pelancong ke pelbagai destinasi di negara itu dan ketibaan pelancong meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia berkata industri pelancongan di negara itu menawarkan pelbagai aktiviti daripada mendaki dan bermain ski di pergunungan Alborz dan Zagros, sehingga kepada percutian pantai di tepi Teluk Parsi dan Laut Caspian.
Daripada segi budaya, Iran mengekalkan sejarahnya yang kaya dan mewah serta mempunyai satu daripada tamadun tertua di dunia, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Iran
#pelancongan
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan