awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam dilantik Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan UKM

Bernama
Bernama
18/04/2025
06:30 MYT
Irmohizam dilantik Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan UKM
WTCKL memaklumkan pelantikan Irmohizam (tengah) sangat signifikan kerana beliau merupakan alumni fakulti berkenaan dalam jurusan Doktor Falsafah di Fakulti Undang-Undang UKM. - Gambar WTCKL
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tempoh dua tahun bermula hari ini hingga 17 April 2027.
"Watikah pelantikan berkenaan disampaikan Dekan Fakulti Pendidikan UKM Prof Dr Mohd Mahzan Awang dan disaksikan Pro Naib Canselor (Strategi Pembangunan Korporat UKM) Prof Datuk Dr Roslee Rajikan ketika sesi penyerahan yang berlangsung pagi tadi.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.
WTCKL dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan pelantikan Irmohizam sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan UKM sangat signifikan kerana beliau merupakan alumni fakulti berkenaan dalam jurusan Doktor Falsafah Pendidikan Dewasa dan Perkembangan Profesional serta Sarjana Undang-Undang di Fakulti Undang-Undang UKM.
Selain itu, peranan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah WTCA juga akan membuka peluang luas untuk Fakulti Pendidikan UKM menonjol di peringkat antarabangsa dan memperkukuh jaringan global UKM dalam bidang pendidikan dan industri acara perniagaan.
Sementara itu, Irmohizam menerusi kenyataan sama berkata beliau akan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan amanah itu terutama dalam pendidikan berteraskan industri dan mengadakan kolaborasi dengan pihak tertentu bagi menaikkan nama Fakulti Pendidikan UKM.
"Saya amat teruja untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan akan memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan dikongsikan dengan sebaiknya bersama warga UKM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Profesor Adjung
#Irmohizam Ibrahim
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#WTCKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan