Gesaan seorang pemimpin pembangkang agar Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke White House adalah sesuatu yang sangat ganjil dan tidak wajar.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pemimpin pembangkang seperti penasihat DAP, Lim Kit Siang seharusnya faham bahawa memenuhi jemputan seumpama itu adalah satu peranan besar bagi Malaysia dalam usaha menjalin hubungan diplomatik.
"Malah ia merupakan lawatan rasmi dan akan berupaya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih komprehensif dan progresif," kata Irmohizam dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kit Siang yang menghantar surat terbuka kepada anggota Kabinet pada 28 Ogos lalu, menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington dijadualkan 12 Sept ini.
Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, tindakan Kit Siang itu membuka aib sendiri bahawa mereka gagal memahami konsep mentadbir negara dengan baik.
"Jika beginilah cara mereka berfikir dan bertindak, maka negara Malaysia tidak akan dipandang tinggi dan dihormati oleh negara-negara maju yang lain," katanya.
Irmohizam berkata, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu menggagalkan lawatan tersebut kerana bimbang segala usaha mereka untuk memburuk-burukkan kepimpinan Najib akan gagal setelah pertemuan dua mata di antara Trump dan Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017
Kata beliau, tindakan Kit Siang itu membuka aib sendiri bahawa mereka gagal memahami konsep mentadbir negara dengan baik.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.