awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam rakyat Malaysia pertama terima anugerah tertinggi EEA 2025

Bernama
Bernama
03/06/2025
10:00 MYT
Irmohizam rakyat Malaysia pertama terima anugerah tertinggi EEA 2025
Dianjurkan oleh Exhibition Showcase, platform anugerah industri terbesar di India itu mengiktiraf sumbangan wira industri MICE dan BE yang tidak didendang. - Foto FB Dr. Irmohizam Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Kepimpinan Terbilang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pameran (EEA) 2025 di Navi Mumbai, India.

Ringkasan AI
  • Irmohizam Ibrahim mencipta sejarah: Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Kepimpinan Terbilang pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pameran (EEA) 2025 di India.
  • Pengiktirafan atas kepimpinan transformasi: Anugerah ini diberikan atas usaha Irmohizam dalam menerajui pertumbuhan industri MICE dan BE serta menjadikan Malaysia sebagai hab utama acara perniagaan di rantau Asia.
  • Dedikasi terhadap pembangunan industri: Irmohizam berharap dapat membina ekosistem industri yang lebih inovatif dan inklusif bagi memastikan pemain industri berkembang dalam landskap global yang sentiasa berubah.

"Komitmen berterusan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dalam menerajui masa depan industri BE serta usahanya menetapkan penanda aras baharu untuk pertumbuhan berterusan telah diiktiraf menerusi anugerah ini," menurut kenyataan itu.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) Michael Kruppe bagi mengiktiraf kepimpinan transformasi Irmohizam dan peranan penting dalam membentuk semula masa depan industri.
Dianjurkan oleh Exhibition Showcase, platform anugerah industri terbesar di India itu mengiktiraf sumbangan wira industri MICE dan BE yang tidak didendang.
"Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini kerana ia mencerminkan semangat dan komitmen saya yang tidak berbelah bahagi terhadap pertumbuhan dan transformasi industri BE.
"Saya berharap pada masa hadapan kita dapat membina sebuah ekosistem yang lebih berdaya tahan, inovatif dan inklusif demi memperkasakan pemain industri untuk berjaya dan berkembang dalam landskap global yang sentiasa berubah," kata Irmohizam yang dipetik dalam kenyataan itu.
Irmohizam yang menganggotai Lembaga Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) turut dipuji atas visi dan impaknya dalam menjadikan Malaysia sebagai hab utama acara perniagaan di rantau Asia dan peringkat antarabangsa.
Penerima anugerah lain termasuk Pengasas dan Pengerusi Kumpulan IMEX Ray Bloom, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Mala Dorasamy serta Ketua Pegawai Operasi UFI - Persatuan Industri Pameran Global Adeline Vancauwelaert.
WTCKL turut merakamkan ucapan tahniah kepada Irmohizam atas pencapaian bersejarah itu, sambil menyifatkan dedikasinya sebagai sumber inspirasi kepada industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Irmohizam Ibrahim
#rakyat Malaysia pertama
#Anugerah Kepimpinan Terbilang
#Majlis Anugerah Kecemerlangan Pameran 2025
#Mumbai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami