awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad bersalah terima rasuah RM3 juta

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/02/2021
02:50 MYT
Isa Samad bersalah terima rasuah RM3 juta
Mohd Isa didapati bersalah atas kesemua sembilan pertuduhan menerima RM3 juta yang didakwa dilakukan tujuh tahun lepas. -BERNAMA
KUALA LUMPUR:Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didapati bersalah atas kesemua sembilan pertuduhan menerima RM3 juta yang didakwa dilakukan tujuh tahun lepas.
Proses mitigasi kini sedang berlangsung untuk menentukan jenis hukuman.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip.
Mengikut butir perbicaraan, perbuatan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#rasuah RM3 juta
#sembilan pertuduhan
#Merdeka Palace Hotel & Suites
#MPHS
#Ikhwan Zaidel
#GAPSB
#Zahid Md Arip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan