awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Sinar: KWSP umum perincian awal minggu depan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/11/2020
10:08 MYT
i-Sinar: KWSP umum perincian awal minggu depan
KWSP memaklumkan perincian mengenai pengeluaran wang caruman itu akan diumumkan pada awal minggu hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan bagi pengeluaran wang caruman menerusi program i-Sinar boleh mengemukakan permohonan bermula pertengahan bulan depan.
KWSP dalam satu kenyataan hari ini, berkata pembayaran pertama dijangka akan diterima sebulan selepas mendapat kelulusan.
Kenyataan itu juga menyebut, perincian mengenai pengeluaran wang caruman itu akan diumumkan pada awal minggu hadapan.
"Perincian itu akan merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji," kata kenyataan itu di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika penggulungan kementeriannya memaklumkan pengeluaran Akaun 1 KWSP akan diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.
BACA: Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul
Katanya, pencarum yang berdepan dengan pemotongan gaji atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa turut boleh memohon.
Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.
Topic Berkaitan
#KWSP
#i-sinar
#pengeluaran akaun 1
#EPF
#COVID-19
#Tengku Zafrul
#Kementerian Kewangan
#Belanjawan 2021
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan