ISKANDAR PUTERI: Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion (kira-kira S$115 bilion) dari 2006 hingga Jun 2022, yang mana RM219 bilion (kira-kira S$68.4 bilion telah direalisasikan, kata Manteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Beliau berkata, Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan komited sebanyak RM25.3 bilion (S$7.9 bilion) dalam pelbagai pelaburan seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan perniagaan dan pembangunan estet perindustrian.
"Pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020 telah memberi kesan buruk kepada kedua-dua negara. Pembukaan semula secara penuh sempadan kita dengan Singapura pada 1 April, 2022 telah membantu kadar pemulihan ekonomi, terutamanya bagi Iskandar Malaysia dan Johor.
"Kita mendapati berlakunya kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan Linkedua serta pelanggan beratur panjang di kedai makan tempatan dengan semakin ramai rakyat Singapura meneruskan kunjungan mingguan mereka ke Johor dan Malaysia. Trafik Johor ke Singapura hampir kembali normal," katanya.
Mustapa berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-15 Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) secara bersama dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran.
Mustapa berkata, ekonomi negara dijangka berada dalam keadaan pemulihan tahun ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pada tahun hadapan ia mungkin agak mencabar dan menyeru kedua-dua negara untuk bekerjasama rapat bagi meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran itu.
Mengenai JMCIM, beliau berkata, sejak penubuhannya pada 2007, jawatankuasa tersebut telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
JMCIM, katanya, merupakan jambatan penting yang menghubungkan Malaysia dan Singapura melalui Iskandar Malaysia.
"Pada mesyuarat terakhir Disember 2021 yang dihoskan oleh Singapura, kita memutuskan untuk menghidupkan semula JMCIM dan bersetuju mengkaji semula kebanyakan Terma Rujukan (TOR) Kumpulan Kerja.
"Kemajuan yang dicapai akan menyumbang kepada JMCIM dengan lebih kukuh dan mampan. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai kita di kedua-dua negara atas kerja keras mereka. Pertemuan hari ini adalah peluang untuk kita meningkatkan kerjasama dalam era pasca COVID-19.
"Terdapat pencapaian penting dalam enam Kumpulan Kerja, dengan lebih daripada 45 inisiatif dan projek strategik sejak penubuhan JMCIM pada 2007. Idea pecah tanah dan projek inovatif seperti Sistem Pelepasan Automatik Malaysia, M-BIKES, Sister Wetlands dan projek Sistem Transit Rapid dicetuskan daripada platform JMCIM," katanya.
Beliau berkata, dengan siapnya projek Afiniti dan Avira (Fasa 1) Medini, Kumpulan Kerja Projek Ikonik akan berkembang kepada Kumpulan Kerja Inovasi, yang memfokuskan pada perkongsian ekosistem permulaan teknologi, memudahkan aktiviti perniagaan melalui sandbox, perintis dan peralatan pengujian serta jenis kerjasama lain melalui perkongsian pengetahuan dan pertukaran teknikal.
Terdahulu, Mustapa, Onn Hafiz, Lee dan Iswaran mengambil peluang berbasikal sejauh kira-kira 4.2 kilometer dari Tambak ke Restoran Hua Mui, Johor Bahru dan bersarapan di restoran tersebut. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Mustapa Mohamed (tiga, kanan), Onn Hafiz Ghazi (tiga, kiri) bersama S. Iswaran (empat, kiri) dan Desmond Lee (empat, kanan) ketika sesi bergambar sebelum Mesyuarat ke-15 JMCIM melibatkan Malaysia dan Singapura hari ini. Gambar BERNAMA
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Cukai & subsidi: Merungkai dasar tidak popular, strategi komunikasi berkesan
Berdasarkan laporan Ipsos, semakin ramai rakyat Malaysia kini percaya bahawa negara tidak mempunyai hala tuju yang betul. Ipsos mendedahkan lebih separuh rakyat Malaysia secara khusus menyatakan kebimbangan utama mereka tentang pembetulan kewangan dan politik. Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff untuk bantu memahami laporan dan kebimbangan ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion
Singapura kekal sebagai pelabur asing kedua terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan komited sebanyak RM25.3 bilion.
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
Sedenak jadi 'flagship' keenam di Iskandar Malaysia - PM
Pembangunan di Sedenak akan memberi tumpuan kepada industri agroteknologi; teknologi tinggi; penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti rendah karbon.
Ulasan pasca Bajet 2022 negeri Johor
Iskandar Investment Berhad (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan beroperasi selama 15 tahun di Johor memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia
Sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
Iskandar Malaysia peroleh pelaburan RM172.2 bilion pada H1 2019
Sejak penubuhannya pada 2006 hingga H1 2019, ia mencatatkan pelaburan komited terkumpul sebanyak RM302.09 bilion.
Dr Mahathir hadiri perjumpaan tertutup bersama Pimpinan Bahagian Bersatu Johor
Ketibaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu pada 9.20 malam itu disambut Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.