awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2025
03:50 MYT
Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini mengingatkan umat Islam bahawa agama melarang lelaki berpakaian seperti seorang wanita dan sebaliknya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengingatkan umat Islam mengenai tegahan berpakaian yang menyerupai jantina lain, seperti yang ditetapkan dalam syariat agama.

Ringkasan AI
  • Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.

Katanya, Islam melarang lelaki daripada menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.
Pada masa sama, wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.
"Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud (4098).
"Islam menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.
"Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia," katan JAKIM menerusi satu muat naik di laman media sosial.
Kenyataan JAKIM itu dikeluarkan tanpa merujuk mana-mana pihak.
Bagaimanapun, ia dipercayai susulan video dan gambar yang tular di media sosial berhubung beberapa individu lelaki yang mengenakan pakaian fesyen keterlaluan dan menyerupai wanita semasa Anugerah Juara Lagu 39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#AJL39
#lelaki menyerupai perempuan
#lelaki berpakaian perempuan
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan