awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islamkan undang-undang negara ikut syarak - Tun Dr Ahmad Fairuz

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/10/2016
10:36 MYT
Islamkan undang-undang negara ikut syarak - Tun Dr Ahmad Fairuz
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan isteri Toh Puan Mazni Mohamed Noor bergambar bersama selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438H - foto BERNAMA
Usaha mengislamkan undang-undang di negara ini perlu dipergiat bagi memastikan ia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1438H, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata bukan semua undang-undang di negara ini bertentangan dengan Islam namun ia perlu diselaraskan mengikut kehendak syarak.
"Jadi apa yang perlu kita usahakan sekarang ini ialah untuk memperbanyakkan usaha untuk mengislamkan undang-undang negara termasuk undang-undang komersial dan undang-undang perniagaan perlu kita usaha Islamkan.
"Bukan semua undang-undang negara ini bertentangan dengan Islam, namun ada sedikit di mana barangkali kita perlu ubah suaikan supaya selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah," katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Beliau yang juga bekas Ketua Hakim Negara berkata, usul pindaan Akta 355 di Parlimen merupakan salah satu langkah dalam meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
"Dari segi kuasa mahkamah syariah, itu sekarang ini yang dibuat (pindaan) Rang Undang-Undang 355 yang hendak cuba menaikkan lagi taraf kuasa mahkamah syariah dalam hal hukuman.
"Tetapi kesalahan-kesalahan itu terhad kepada kekeluargaan dan persendirian dan apa-apa kesalahan yang tidak ditetapkan oleh persekutuan," katanya.
Ujar beliau, kejayaan Malaysia dalam mengembangkan konsep sistem kewangan Islam merupakan salah satu langkah yang patut dicontohi dalam mengaplikasikannya dalam sistem perundangan di negara ini.
Ahmad juga mahu melihat lebih banyak undang-undang negara yang tidak selaras dengan Islam disesuaikan dengan ajaran Islam dari semasa ke semasa.
Beliau turut berkata antara undang-undang yang boleh diselaraskan dengan ajaran Islam ialah undang-undang komersial dan undang-undang perniagaan.
"Malaysia sudah berjaya dengan perbankan Islam di mana hampir 70 peratus pelanggannya merupakan mereka yang bukan Islam. Apabila Malaysia berjaya memperkenalkan perbankan Islam, Malaysia turut kembangkan syiar Islam," katanya lagi.
Pada majlis itu, Tuanku Abdul Halim juga menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai RM100,000, medal dan sijil penghargaan kepada Tun Ahmad Fairuz.
Topic Berkaitan
#mengislamkan undang-undang negara
#pindaan Rang Undang-Undang 355
#Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1438H
#undang-undang selaras syarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan