awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri beri jaminan pelihara kebajikan, lindung rakyat Indonesia di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2021
08:00 MYT
Ismail Sabri beri jaminan pelihara kebajikan, lindung rakyat Indonesia di Malaysia
Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam pertemuan empat mata mereka hari ini. - Foto PMO
JAKARTA: Kerajaan Malaysia akan terus memastikan kebajikan dan perlindungan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia tetap dipelihara.
Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam pertemuan empat mata mereka hari ini.
Ujarnya, antara langkah yang telah diambil Malaysia adalah pindaan kepada Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang menjamin keselesaan penginapan pekerja, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk rakyat asing.
"Saya dan Bapak Presiden (Jokowi) seterusnya mengambil maklum tentang kemajuan proses bagi memuktamadkan perjanjian persefahaman (MoU) Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia.
"Kami percaya isu-isu yang tertunggak akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," ujarnya dalam kenyataan bersama di Bogor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia turut berharap agar Program Rekalibrasi yang telah dilanjutkan oleh Kerajaan Malaysia sehingga penghujung tahun ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warganegara Indonesia di Malaysia yang ingin pulang secara sukarela atau untuk bekerja secara sah di Malaysia.
Buletin AWANI Khas: PM bertemu Presiden Indonesia
Lawatan sulung PM ke Indonesia
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Joko Widodo
#Tenaga Kerja Indonesia
#pelihara rakyat Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan