NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat di mana beliau berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau tiba di bandar raya ini pada Khamis bagi menyertai pemimpin dunia lain dari lebih 150 negara pada Sesi ke-77 UNGA.
Berucap dalam Bahasa Melayu, yang julung kali digunakan oleh pemimpin Malaysia di UNGA, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat yang menyaksikan beliau menyentuh pelbagai isu antarabangsa termasuk konflik di Ukraine, Myanmar dan Palestin selain sekuriti makanan serta perubahan iklim.
Beliau turut mencadangkan pewujudan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa susulan peningkatan inflasi di peringkat global.
Ini merupakan penampilan kedua Perdana Menteri di PBB selepas menghadiri sesi ke-76 secara maya tahun lepas susulan pandemik COVID-19.
Di luar UNGA, Perdana Menteri bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas, rakan sejawat beliau dari Belanda iaitu Mark Rutte dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Semasa di New York, beliau turut menjadi tuan rumah majlis makan malam Keluarga Malaysia untuk diaspora Malaysia di Amerika Syarikat.
Bahagian kedua lawatan kerja Ismail Sabri ialah kunjungan empat hari ke UAE dari 26 hingga 29 Sept.
Beliau dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Presiden di Abu Dhabi pada Isnin.
Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin sejak pelantikan Sheikh Mohamed sebagai Presiden UAE yang baharu pada 14 Mei lepas.
Agenda perbincangan utama antara kedua-dua pemimpin ialah meneroka bidang kerjasama berpotensi untuk terus memperkukuh jalinan pelbagai usaha sama yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan UAE.
Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri dijadual berkunjung ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di mana tumpuan utama ialah potensi kolaborasi antara syarikat tersebut dan Petronas (Petroliam Nasional Bhd) dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.
Pada 2021, UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Timur Tengah.
Bagi tahun 2021, nilai keseluruhan perdagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM22.29 bilion (US$5.38 bilion) berbanding RM20.65 bilion (US$4.93 bilion) pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Di luar UNGA, Perdana Menteri bertemu Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres (gambar); Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan rakan sejawat dari Belanda, Mark Rutte. - Gambar/ PMO
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.