KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan dirinya layak menjadi tonggak UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) selaras kedudukannya sebagai pemimpin senior parti dalam kerajaan.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff berkata, sejajar dengan kedudukannya sebagai satu-satunya menteri kanan UMNO dalam kerajaan, Ismail dilihat mampu dan sedang membawa parti itu kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.
"Keberanian Ismail Sabri menegur cara Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) diadakan diharap akan membuka mata ahli-ahli parti di peringkat akar umbi tentang kedudukan semasa UMNO dalam kerajaan.
"UMNO perlu berubah selaras perubahan pantas yang sedang berlaku dalam suasana politik semasa dan Ismail amat sesuai menjadi pemimpin yang memangkinkan perubahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: UMNO rugikan Melayu jika tidak bersama Pas, Bersatu - Penganalisis
BACA: Adakan Pemilihan UMNO untuk pulihkan parti
Ismail Sabru dalam sebuah rakaman video pada program Bangkit15 di Pahang sebelum ini mengklasifikasikan, PAU2020 sebagai perhimpunan parti paling teruk dalam sejarah parti.
Malah beliau menganggap matlamat PAU2020 tidak mencapai sasaran untuk bekalan kepada akar umbi UMNO mendepani PRU15.
Dalam pada itu tegas Kamarul Zaman, keberanian Ahli Parlimen Bera itu mengulas mengenai isu berkenaan membuka mata banyak pihak mengenai keperluan UMNO untuk mengadakan pemilihan tahun ini.
"Keperibadian beliau yang tidak mempunyai apa-apa kontroversi serta kepopularannya kerana saban hari muncul dalam media massa bagi melaporkan perkembangan terkini penguatkuasaan kawalan COVID-19 menjadikannya tokoh paling sesuai untuk diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika itu difikirkan langkah terbaik untuk menstabilkan politik negara," ujarnya.
Kamarul Zaman sebelum ini berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau, pertembungan itu jika tidak ditangani dengan sebaiknya hanya akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim berkata, parti berkenaan wajar memilih presiden baharu pada pemilihan yang perlu dibuat segera selepas Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sehingga 1 Ogos ini tamat.
Kata Mustafa, pemilihan itu sekali gus menyelesaikan isu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikecam secara terbuka akhir-akhir ini oleh sebahagian anggota akar umbi parti itu sendiri.
Astro Awani
Mon Apr 12 2021
Kamarul Zaman berpendapat, keberanian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas isu Perhimpunan Agung UMNO 2020 membuka mata banyak pihak mengenai keperluan parti untuk mengadakan pemilihan tahun ini. - Gambar fail BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.