KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatakan dengan jelas pendirian diri sama ada menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sebaliknya.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata, ia penting untuk memastikan memposisikan diri sebagai Naib Presiden UMNO dalam kedudukan politik dan nasional kerana pendiriannya akan menentukan hala tuju parti.
Dr Jeniri turut yakin Ismail Sabri akan menyatakan pendiriannya pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.
Tambahnya, ia medan menentukan secara muktamad sama ada UMNO hendak menyokong atau berpisah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau memperkukuhkan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN) dan Pas.
"Sebarang perhitungan atau pendirian yang dibuat itu akan memberi kesan dan implikasi tertentu dari segi bagaimana prestasi UMNO dan kedudukan tokoh pemimpin politik UMNO itu sendiri. Kalau mereka dilihat menyokong Bersatu dan perdana menteri, tentu ada implikasi tertentu, begitu juga sebaliknya menjelang PRU nanti.
"Jadi mana-mana pemimpin politik itu harus membuat satu keputusan yang jelas dan konkrit serta pragmatik, bukan sahaja menentukan survival UMNO tetapi juga untuk menjamin bagaimana kedudukan mereka selepas PRU15 nanti.
"Mereka tidak boleh dilihat berdiri di atas pagar kerana pemimpin sedemikian adalah pemimpin yang dilihat 'selamat' dan cuba meraih keuntungan daripada kedua-dua pihak selepas sesuatu keputusan diambil," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
BACA: Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP
BACA: Menjelang PAU 2020: 'Bukan bicara siapa PM, TPM, tapi apa tawaran UMNO kepada rakyat' - Pemuda
Sebelum ini, Ismail Sabri menegaskan, tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Katanya, pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.
Tegasnya, UMNO juga tidak pernah berganjak dengan keputusan yang telah diputuskan itu.
Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, sebarang keputusan yang saintifik berdasarkan kajian politik akademik dan profesional akan memastikan keputusan yang tepat diambil dan akhirnya akan menentukan survival UMNO.
Tambahnya, ia sekali gus dapat memastikan UMNO muncul semula sebagai parti dominan dalam PRU akan datang.
Mengulas isu sama, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, Ismail Sabri sepatutnya membuat pendirian jelas sama ada ingin bersama Bersatu atau menyokong Ahmad Zahid.
"Secara rambang jika jajaran baharu dibentuk dan ikut perkiraan awal mampu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil malah mampu memperoleh majotiti dua pertiga dalam Parlimen, mengapa tidak UMNO berusaha ke arah itu, bukankah UMNO sebuah parti yg memperjuangkan kebajikan rakyat?
"UMNO patut melepaskan agenda lain selain dari membela rakyat, Ismail Sabri tidak boleh duduk diam macam air dalam kolam yang tidak beriak jika tiada ikan yang melompat. Beliau sepatutnya membuat pernyataan sebelum ucapan Presiden, itu sebaiknya untuk UMNO," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, akar umbi termasuk 124 Bahagian UMNO telah membuat keputusan untuk tidak bersama Bersatu dalam PRU-15.
Jadi tegasnya, mana-mana pemimpin yang menentang keputusan itu pasti akan ditolak dalam pemilihan UMNO akan datang.
Astro Awani
Thu Mar 25 2021
Dr Jeniri berkata, ia penting untuk memastikan memposisikan diri sebagai Naib Presiden UMNO dalam kedudukan politik dan nasional kerana pendiriannya akan menentukan hala tuju parti. - Foto Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau