awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2025
23:30 MYT
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Perdana Menteri ke-9 itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan proses rakaman percakapan.
Ia adalah berhubung pengisytiharan harta yang telah dibuat oleh beliau kepada SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, Ahli Parlimen Bera itu akan dipanggil semula untuk proses berkaitan siasatan terhadapnya.
Menurut Azam, setakat ini, seramai 33 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sebelum ini, Perdana Menteri ke-9 itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Pada 3 Mac lalu, SPRM memaklumkan Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah 'safe house' hasil serbuan badan antirasuah itu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#Azam Baki
#rakaman percakapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan