KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, yang disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Menerusi satu ciapan Twitter rasminya, Ismail Sabri turut berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan itu.
"Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka tentang insiden mengenai mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama.
"Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini," jelasnya.
Tambah Ismail Sabri, Abe telah memainkan peranan penting dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun selama ini.
"Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Jepun di atas pemergian beliau.
"TYT Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur," katanya lagi.
Abe, 67, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kyoto pada Jumaat.
Mantan Perdana Menteri itu ditembak oleh seorang lelaki ketika berucap di satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini.
Fareez Azman
Fri Jul 08 2022
Ismail menerusi Twitternya, berkongsi gambarnya bersama Shinzo Abe dalam satu pertemuan khas bersama bekas Perdana Menteri Jepun itu awal tahun ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.
Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.
Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.
Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.