KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata, Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan lima hari, mulai hari ini.
"Bagi program (vaksinasi) ini dalam Fasa Pertama PPN ia telah dilaksanakan pada 9 Jun lalu yang membabitkan seramai 350 penerima vaksin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Istana negeri Kelantan.
"Sementara, bagi program kali ini, dijangka seramai 2,000 penerima dijangka akan menerima vaksin iaitu 1,000 penerima adalah rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan anjuran Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Tengku Azmi berkata Sultan Muhammad V juga memuji rakyat Kelantan yang telah mendaftar untuk menerima vaksin dan baginda turut menitahkan agar semua rakyat Kelantan sama ada di dalam atau di luar negeri supaya mengambil serius berkenaan peningkatan jangkitan COVID-19 di Kelantan serta negara ini.
"Baginda juga menyeru semua rakyat memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri dan keluarga," katanya sambil memaklumkan Sultan Muhammad V juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan yang terlibat terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan COVID-19.
"Mereka tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat dan bertungkus lumus dalam memastikan kes yang mencanak naik ini dapat dilandaikan secepat mungkin.
Dalam masa sama, Tengku Azmi turut memaklumkan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga amat prihatin terhadap masalah serta kekangan yang dihadapi oleh pihak KKM dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksin COVID-19.
"Pada 23 Jun lalu, bertempat di Istana Balai Besar juga, Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan lima peti 'Top Loading' bagi tujuan kemudahan penyimpanan bekalan vaksin COVID-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan," katanya.
Malah, Tengku Azmi berkata beberapa program lain juga sedang dalam perancangan pihaknya dan akan diadakan di Istana Balai Besar termasuk program penyerahan bakul makanan kurniaan baginda kepada penduduk Kelantan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021

Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut. - Gambar/ Bernama

Malakoff buktikan komitmen terhadap agenda kelestarian alam
Malakoff kini melaksanakan inisiatif penjenamaan semula dalam usaha memacu agenda ke arah kelestarian alam dan dunia yang lebih hijau.

Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Lima negeri terlibat pelantikan, pertukaran pengarah bomba baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kelantan sasar kemasukan 7 juta pelancong
Sasaran itu adalah berdasarkan peningkatan jumlah pelancong ke Kelantan pascapandemik COVID-19.

PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC
Presiden PFAM harap pemain lain berani ke depan membuat laporan supaya boleh buat perbincangan selanjutnya.

Kelantan peruntuk RM30,000 bagi sektor pendidikan untuk setiap DUN
Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 secara tahunan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi sektor pendidikan.

Piala FA: Skuad Penyu atasi Kelantan 4-2, tempah tiket separuh akhir
Terengganu FC melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan FC 4-2 pada pertembungan suku akhir hari ini.

Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta
Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Warga emas Thailand berhimpit sewa rumah, jual kerepek di Kelantan
Segelintir warga emas dari Thailand sanggup datang ke negeri ini untuk mencari rezeki dengan berniaga makan ringan dan kerepek sebelum pulang semula ke kampung halaman mereka.

Lima kawasan catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.

Isu air: PM Anwar jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu permasalahan air pada minggu depan.