Skip to main content

Malaysia

Istana Pahang kesan akaun Facebook palsu, jana video AI menyerupai Al-Sultan Abdullah

𝗜𝗦𝗧𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗙𝗔𝗖𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨 𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad  Shah  . tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan  . penyalahgunaan imej KDPB Sultan
Istana Pahang memaklumkan telah mengesan kembali penularan beberapa klip video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi AI yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah dan didakwa menawarkan tawaran bantuan kepada rakyat. Gambar Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai menerusi media sosial. 

Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan telah mengesan kembali penularan beberapa klip video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah dan didakwa menawarkan tawaran bantuan kepada rakyat.

Advertisement

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan,” menurut hantaran itu. 

Hantaran itu turut memaklumkan Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang di Facebook yang memiliki kira-kira 758,000 orang pengikut ketika ini. 

“Di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok dan Youtube hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my,” menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA 

Must Watch Video