awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Akbar Sahari meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2025
03:00 MYT
Isteri Akbar Sahari meninggal dunia
Akbar baharu kehilangan isteri tercinta, Noorsuzilawati, yang meninggal dunia akibat kanser. - Foto Sinar Harian
PENGACARA dan pelakon, Akbar Sahari baharu kehilangan isteri tercinta, Noorsuzilawati binti Mohd Noor, yang meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan rakan baiknya yang juga hos terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi semalam.
Menurut Fedtri, beliau mengenali pasangan itu sejak lebih dua dekad lalu dan pernah menjadi pengacara majlis perkahwinan mereka.
“Berita sedih pagi ini. Dapat berita Noorsuzilawati Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya, Akbar Sahari, telah pergi buat selamanya.
“Lama berjuang dengan kanser, sebak melihat perjuangan keluarga ini untuk kesembuhan. Kami sudah bersahabat lebih 20 tahun, malah saya sendiri yang menjadi pengacara majlis kahwin mereka dulu.
“Perjuangan demi perjuangan dalam hidup. Akhirnya ALLAH jua tempat berpulang. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa arwah Suzie dan keluarga, terutama anak-anak diberi ketabahan atas ujian besar ini,” titipnya.
Foto Astro ARENA
Foto Astro ARENA
Sementara itu, Akbar turut berkongsi berita pemergian isterinya menerusi Insta Story dengan memuat naik status ringkas, “Innalillahi wainna ilaihirojiun.”
Untuk rekod, Akbar kini bertugas di Astro Arena dan mengendalikan program sukan popular, Scoreboard, bersama Fedtri. - Sinar Harian
View this post on Instagram
A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)
Topic Berkaitan
#isteri Akbar Sahari meninggal dunia
#Akbar Sahari
#kanser
#isteri meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan