Isteri maut ditikam suami: Mangsa isteri ketiga, ditikam dengan senjata tajam

Mangsa, Mastura Abdullah, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian hadapan dan belakang badan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang wanita yang maut ditikam suaminya sendiri dalam satu kejadian tragis di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini pada Isnin, merupakan isteri ketiga dan bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor.
Ringkasan AI
- Wanita maut ditikam suaminya sendiri di Kampung Paku, Gual Ipoh; mangsa isteri ketiga yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang.
- Mangsa, Mastura Abdullah, 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah; pasangan itu berkahwin selama 14 tahun dengan dua anak berusia 10 dan 12 tahun.
- Suspek berusia 63 tahun menikam mangsa sebelum menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh; mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Seorang wanita maut ditikam suaminya sendiri dalam satu kejadian tragis di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini. - Foto Sinar Harian
Suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan senjata tajam sebelum menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



