awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri pukul suami didakwa

Bernama
Bernama
18/01/2017
23:15 MYT
Isteri pukul suami didakwa
wanita terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka. - Gambar hiasan
Seorang wanita Tamil Sri Lanka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa terhadap tuduhan mencederakan suaminya, awal bulan ini.
Tertuduh, Nadia Ilona Charles, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rahimah Rahim.
Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada suaminya berusia 32 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik Nilai, Nilai, dekat sini pada pukul 6.15 petang, 6 Jan lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Suami tertuduh, yang hadir ketika prosiding, bagaimanapun, memberitahu mahkamah bahawa beliau sudah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap isterinya.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan kes bagi meneliti semula laporan tarik balik kes tersebut.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 31 Jan ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Isteri pukul suami
#Mahkamah Majistret
#Nadia Ilona Charles
#wanita Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan