Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata isteri wakil rakyat perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu suami masing-masing selaras dengan keperluan dan tuntutan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata selain mengiringi suami sebagai tetamu kehormat dalam sesuatu majlis, mereka juga proaktif menganjurkan program berorientasikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.
"Sesungguhnya program-program mendekati rakyat jelas membuktikan peranan penting yang dimainkan oleh isteri wakil rakyat dan pada masa sama membantu merapatkan hubungan suami dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2013/2014 yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini pada Khamis.
Turut hadir isteri timbalan perdana menteri selaku Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan isteri Menteri Besar Johor Datin Seri Rosni Omar merangkap Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor JUITA).
Kejohanan kali ini disertai 560 orang yang mewakili 14 buah negeri termasuk anggota BAKTI.
Rosmah berkata, peranan tersebut juga perlu dilakukan isteri-isteri wakil rakyat di negeri yang bukan di bawah kepimpinan BN supaya mereka dapat menggandakan usaha untuk memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong BN.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, isteri-isteri wakil rakyat harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk pengetahuan asas dalam media sosial," katanya.
Beliau turut meminta semua pihak supaya bersatu-padu agar tidak memberikan ruang kepada pembangkang untuk memporak-perandakan mereka.
Bernama
Thu Jan 23 2014
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor pada pelancaran program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) se-Malaysia 2013/. --fotoBERNAMA
Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji
Kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.
JPSM tingkat usaha urus, bangunkan sumber hutan demi sosioekonomi negara
JPSM meningkatkan usaha bagi mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Belanjawan: LIAM mohon pelepasan cukai diperluaskan untuk insurans perubatan
Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata CEO Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
Sitaan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Jabatan Imigresen dikatakan mengeluarkan pas lawatan sosial (kategori pas rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.
Program makanan sedunia bimbang keupayaan lubnan
Ribuan hektar tanah ladang di seluruh selatan Luban telah terbakar atau dibiarkan selepas peperangan tercetus.
Iran sedia bertindak balas jika diserang Israel
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi tegaskan Iran tidak mencari peperangan, tetapi sedia bertindak balas jika diuji Israel. Sebarang serangan terhadap Iran akan dibalas dengan serangan lebih besar.
Anak lelaki Osama bin Laden diusir dari Perancis
Omar Laden yang merupakan anak keempat kepada Osama didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.
Rakyat Lubnan dipaksa tidak ke laut
Nelayan-nelayan yang tinggal di Sidon, Lubnan khuatir punca pendapatan mereka terus terjejas selepas amaran yang dinyatakan oleh Israel untuk tidak pergi ke pesisir negara itu. Akibat larangan itu, para nelayan terpaksa tidak berganjak untuk melakukan rutin harian mereka mencari rezeki di laut dan kekal di darat.
Isteri wakil rakyat perlu aktif bantu suami - Rosmah
Selain mengiringi suami sebagai tetamu kehormat dalam sesuatu majlis, mereka juga proaktif menganjurkan program berorientasikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.