awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Isteri-isteri saya tiada nama Zainab Mohd Salleh' - Abd Latiff

Sinar Harian
Sinar Harian
26/08/2022
02:50 MYT
'Isteri-isteri saya tiada nama Zainab Mohd Salleh' - Abd Latiff
Rafizi (kanan) sebelum ini mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Abd Latiff (kiri). -Foto Sinar Harian
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abd Latiff Ahmad sekali lagi menegaskan isteri-isterinya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh yang dikaitkan dengan isu projek kapal tempur pesisir (LCS).
Menerusi laman Facebook pada Jumaat, Abd Latiff turut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.
"Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh," tulisnya.
Menerusi hantaran sama, beliau turut meninggalkan pantun sinis terhadap pihak yang mengaitkan keluarganya di dalam projek tersebut.
"Sebagai wakil rakyat dari kawasan laut dan pulau (Mersing)...Saya suka makan ikan...tapi bukan ikan jerung.
"Siakap senohong gelama ikan duri, Cakap bohong lama lama jadi pencuri, Siakap senohong gelama ikan jerung, Cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.
BACA: Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki isteri Abd Latiff. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LCS
#Abd Latiff Ahmad
#projek Kapal Tempur Pesisir
#Zainab Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan