KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, isteri kedua kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mempunyai kaitan dengan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkah, kertas siasatan dalaman LCS menunjukkan Zainab Mohd Salleh terlibat dalam dua syarikat pesisir luar pantai – Alizes Marine Limited dan Alizes Marine Labuan.
Dakwanya lagi, berdasarkan siasatan dalaman terhadap kedua-dua syarikat berkenaan termasuk dengan pendedahan Paradise Papers, terdapat beberapa bentuk penyelewengan berlaku.
“Pertama, syarikat-syarikat sebegini dilantik menjadi jururunding teknikal (sedangkan mereka tiada kepakaran) kepada projek. Mereka menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan. Sebanyak RM23.37 juta diselewengkan menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014.
“Kedua, Alizes Marine juga dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian (“spare parts”) kepada projek LCS. Lantikan itu berdasarkan maklumat palsu kononnya ia mempunyai lesen dari kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan (sedangkan ia tidak mempunyai lesen itu)," dakwa Rafizi.
Bahkan, Rafizi turut mendakwa, semakan dengan pangkalan data Paradise Papers mengesahkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.
Selain itu katanya, Zainab juga pemegang saham sebuah lagi syarikat pesisir luar pantai yang ditubuhkan di Malta bernama Intralogistics Limited, antara pemegang saham di dalam Alizes Marine Labuan.
Rafizi berkata, projek LCS telah membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan.
Mengulas mengenai Zainab, Rafizi berkata, berdasarkan pendedahan Paradise Papers, wanita itu merupakan isteri kepada Dr Abdul Latiff, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan (2008 – 2013) sewaktu penyelewengan LCS dikatakan berlalu.
“Semakan saya menunjukkan bahawa skim menyeleweng dana awam dari projek LCS ini dibuat selama bertahun-tahun dan dengan penuh perancangan.
"Saya juga boleh mengesahkan bahawa ada pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain yang melibatkan (Dr) Latiff Ahmad dan LCS bukan satu-satunya projek yang melibatkan syarikat-syarikat berkait dengan beliau.
“Ada beberapa projek pertahanan negara yang lain yang turut melibatkan Alizes Marine dan beberapa syarikat lain yang dimiliki dan dikawal oleh dia sendiri (Latiff) atau isterinya,” katanya lagi.
Rafizi berkata, pendedahan terbaharu yang dibuat beliau bertujuan untuk menutup mulut UMNO dan Barisan Nasional yang cuba menyalahkan pesara-pesara tentera laut apabila skandal tersebut ‘meletup’.
“Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dari kalangan pimpinan UMNO yang membuat keputusan-keputusan besar pada ketika itu, sedangkan pesara-pesara tentera laut hanya bersubahat melaksanakan penyelewengan.
“Saya juga berharap pimpinan Perikatan Nasional dari Bersatu dan Pas mula sedar bahawa skandal LCS ini akan turut mengheret mereka kerana pimpinan kanan mereka, Latiff Ahmad dan keluarganya terlibat secara langsung di dalam syarikat-syarikat palsu yang menyelewengkan dana projek LCS,” dakwa Rafizi lagi.
Firdaus Azil
Mon Aug 22 2022
Rafizi mendakwa, isteri kedua, Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited dan Alizes Marine Labuan.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).