awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat angkat sumpah Ramli sebagai yang dipertua Pulau Pinang 1 Mei Ini - Chow

Bernama
Bernama
25/04/2025
12:30 MYT
Istiadat angkat sumpah Ramli sebagai yang dipertua Pulau Pinang 1 Mei Ini - Chow
Istiadat angkat sumpah jawatan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan akan berlangsung pada 1 Mei di Dewan Sri Pinang. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Istiadat angkat sumpah jawatan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan akan berlangsung pada 1 Mei di Dewan Sri Pinang di sini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pelantikan itu disempurnakan mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zulkifli Long akan menguruskan upacara berkenaan.
"Kita juga akan menganjurkan satu majlis aspirasi yang akan diadakan pada 28 April sebagai penghargaan kepada Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang telah berkhidmat selama satu penggal sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di sini hari ini.
Chow juga menyifatkan Ramli sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam arena politik dan pentadbiran negara serta negeri Perak selama berdekad-dekad, dan yakin pelantikan itu akan dapat membantu pembangunan negeri berkenaan.
Semalam Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa pada 1 Mei 2025 bagi tempoh empat tahun hingga 30 April 2029.
Ramli menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara semalam.
Pelantikan Ramli menggantikan Ahmad Fuzi yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istiadat Angkat Sumpah
#Ramli Ngah Talib
#Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan