SERI MENANTI: Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli bermula hari ini di Istana Besar Seri Menanti, di sini dengan Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran.
Istiadat yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini dizahirkan kembali selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019.
Penyelia Adat Istiadat Istana Besar Seri Menanti, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin berkata, istiadat hari pertama yang penuh beradat itu disaksikan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
“Istiadat ini sememangnya akan dilakukan tiga tahun sekali yang mana selepas Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran dizahirkan pada hari pertama, ia akan diteruskan dengan Istiadat Bersiram pada esok (Sabtu).
“Pada istiadat itu nanti, sememangnya kita buka kepada orang ramai khususnya rakyat Negeri Sembilan untuk menyaksikan sendiri istiadat bersejarah itu sebelum Istiadat Penghulu Menghadap dan Menjunjung Duli dilaksanakan pada Ahad,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran di Istana Besar Seri Menanti pada Jumaat.
Istiadat yang bermula pada jam 10 pagi itu disaksikan Tunku Ali Redhauddin sebagai mewakili Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan disertai kaum kerabat, Anak-Anak Raja Bergelar, Penghulu serta Pembesar Luak.
Pada Istiadat itu, Pegawai 99 istana membuka empat payung kuning serentak bersama tiga das tembakan meriam menandakan Istiadat Menurunkan Alat Kebesaran selesai dipasang di halaman istana.
Tiga das tembakan meriam juga menandakan secara rasminya bermula Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli.
Istiadat itu secara amnya untuk mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi Datuk Penghulu-Penghulu Luak kepada Tuanku Muhriz selain simbol adat bermasyarakat dan institusi beraja Negeri Sembilan yang mencerminkan keluhuran taat setia rakyat kepada raja dan kedaulatan raja.
Mengulas lanjut Mahmood Fawzy berkata, jamuan rakyat juga akan diadakan di Resort Seri Menanti pada Sabtu sebelum acara kemuncak Istiadat Penghulu Menghadap dan Menjunjung Duli yang akan diadakan pada Ahad.
“Memang kita jemput rakyat untuk datang menyaksikan sendiri istiadat ini yang mana jamuan rakyat juga akan disediakan.
“Kemuncaknya, Penghulu Luak Tanah Mengandung ini diarak masuk ke balairung istana sebelum memulakan Lafaz Taat Setia,” tambahnya.
Negeri Sembilan terbahagi kepada Luak Berundang dan Luak Tanah Mengandung, serta beberapa luak kecil.
Luak Tanah Mengandung merangkumi Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Nov 17 2023
Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (baju Melayu biru) memeriksa alat kebesaran yang dipasang di halaman Istana Besar Seri Menanti. - Gambar Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli bermula hari ini
Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Menghadap Menjunjung Duli bermula hari ini di Istana Besar Seri Menanti, di sini dengan Istiadat Menurun dan Memasang Alat Kebesaran.