awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istilah 'payung emas' adalah hadis palsu - Zulkifli

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2022
08:25 MYT
Istilah 'payung emas' adalah hadis palsu - Zulkifli
Zulkifli berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.
“Begitu juga dengan poligami.
"Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.
“Hukum poligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram.
"Tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.
“Berbincang dengan baik, beri nasihat dan pandangan demi mengelakkan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan anak-anak,” katanya dipetik dari laman Twitter pada Selasa.
1. Tidak ada payung emas mahupun free gift payung. Ia hadith palsu. 2. Jika seorang wanita solat 5 waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan ta'at kpd suaminya, Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471] Rujuk rajutan. https://t.co/N68sJ8T6zm
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 1, 2022
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang wanita mengenai dakwaan isteri akan ke neraka kerana menentang poligami yang dikatakan sunnah Rasulullah.
Zulkifli berkata, sikap sebagai Muslim adalah tidak menentang sebarang syariat ALLAH SWT dalam keadaan tertentu mengikut keperluan yang sudah pasti ada hikmahnya.
Namun katanya, sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu sehingga mengabaikan hak-hak lain seharusnya ditolak.
ARTIKEL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#poligami
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#payung emas
#hadis palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan