awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 1MDB: Siasatan perlu disegerakan, tidak lindungi sesiapa - Mustapa

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2015
14:42 MYT
Isu 1MDB: Siasatan perlu disegerakan, tidak lindungi sesiapa - Mustapa
MUSTAPA: Kita harap semua pihak yang menjalankan siasatan ini dapat mengetahui secepat mungkin kerana semua rakyat nak tahu apa yang berlaku. -Gambar fail
Siasatan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) perlu disegerakan.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semua pihak kini sepakat untuk memberi laluan kepada panel penyiasat menjalankan siasatan mereka.
Kata Mustapa, beliau berharap siasatan itu dapat disegerakan dan tidak melindungi sesiapa serta ditangani dengan baik.
"Kita kena pastikan isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana banyak hal lain kita perlu selesaikan.
"Kita sedang meningkat maju, banyak lagi agenda lain yang perlu diberi perhatian dan kalau kita dapat tangani dengan baik, kita dapat tumpu pada isu yang lebih penting.
"Kita harap semua pihak yang menjalankan siasatan ini dapat mengetahui secepat mungkin kerana semua rakyat nak tahu apa yang berlaku," kata Mustapa.
Mustapa berkata demikian ketika mengulas isu dakwaan WSJ berhubung penyaluran sejumlah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun perdana menteri.
Terdahulu Mustapa menyampaikan gulai kawah kepada pengunjung bazar Ramadan di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#laporan
#Mustapa Mohamed
#najib
#siasatan
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan