awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu air Kelantan: KASA setuju bina takungan air besar di Machang - Mohd Amar

Bernama
Bernama
11/05/2022
08:40 MYT
Isu air Kelantan: KASA setuju bina takungan air besar di Machang - Mohd Amar
Mohd Amar berkata kerajaan negeri memerlukan sekitar RM7 bilion untuk pembinaan loji-loji baharu di kawasan yang terkesan masalah air dan juga bagi menukar paip pecah. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Sebuah takungan air besar dijangka dibina di Machang, dekat sini, tahun ini bagi menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata secara dasarnya, projek itu telah mendapat persetujuan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan peruntukan pembinaan takungan air tersebut akan disalurkan oleh kementerian itu sebagai projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Perkara ini telah dibincangkan sejak dua tahun lepas, namun tiada persetujuan daripada pihak kerajaan. Bagaimanapun, pada tahun ini pihak kementerian bersetuju untuk membina takungan air ini tetapi nilai peruntukan belum dapat diperincikan setakat ini dan ia akan diumumkan oleh KASA dalam tempoh terdekat.
"Dengan adanya kawasan takungan air ini nanti ia dapat menjadikan kesemua air berkumpul di kawasan berkenaan sekali gus boleh menyelesaikan keseluruhan masalah air yang dihadapi oleh penduduk di Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
"Kita berharap projek ini akan berjaya selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga sudah memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk memanfaatkan air di Empangan Nenggiri bagi keperluan negeri," katanya.
Pada perkembangan sama, Mohd Amar berkata kerajaan negeri memerlukan sekitar RM7 bilion untuk pembinaan loji-loji baharu di kawasan yang terkesan masalah air dan juga bagi menukar paip pecah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masalah air Kelantan
#Air Kelantan
#KASA
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan