GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang kini menunggu keputusan selanjutnya dari Kedah berhubung tindakan negeri itu melantik panel peguam bagi menguruskan tuntutan caj air mentah terhadap Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, pihaknya bersedia menunggu sebarang keputusan yang dilakukan kerajaan negeri Kedah di peringkat mahkamah kerana sudah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku.
"Kita (Pulau Pinang) sebenarnya menunggu...sebab cakap-cakap di luar pun tak bermanfaat kepada sesiapa pun. Kalau benar-benar mahu isu ini diselesaikan, biar sampai ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chow berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan Kedah melantik panel peguam untuk menguruskan tuntutan caj air mentah terhadap Pulau Pinang.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya tidak melantik mana-mana peguam untuk mengendalikan kes tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Semalam sebuah portal berita melaporkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah melantik panel peguam untuk membuktikan kerajaan negeri sangat serius dalam isu caj air mentah terhadap kerajaan Pulau Pinang, setelah sekian lama permintaan tidak diendahkan negeri itu.
Terdahulu, Chow menghadiri Majlis Pengiktirafan dan Anugerah Warisan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dan memberikan pengiktirafan kepada 22 individu termasuk kumpulan pejuang warisan budaya Pulau Pinang.
Beliau berkata pengiktirafan dan anugerah warisan tersebut adalah inisiatif daripada GTWHI dengan sokongan penuh kerajaan negeri, dalam memberi penghargaan kepada pejuang warisan yang menunjukkan usaha luar biasa, komitmen jangka panjang dan merit istimewa dalam pelbagai cabang pengetahuan warisan budaya kepada generasi muda.
"Penerima yang mendapat pengiktirafan serta Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat tersebut adalah terdiri daripada empat bahagian iaitu Kepakaran Kemahiran, Dedikasi dalam Transmisi Pengetahuan, Merit dalam Usaha Cemerlang dan Dedikasi, serta Merit dalam Advokasi Warisan Budaya," katanya.
-- BERNAMA