Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak di negeri ini.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih bidang kuasa dalam perkara berkenaan, justeru apa sahaja yang akan diputuskan di peringkat pusat akan diikuti kerajaan negeri.
"Kedah ambil sikap sokong apa-apa sahaja ketetapan yang dibuat di peringkat Persekutuan dalam menjaga nyawa orang ramai yang lebih penting.
Cadangan untuk perketat peraturan dan tingkatkan hukuman, misalnya membayar pampasan kepada keluarga mangsa, saya rasa ia munasabah untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sama ada perlu penjualan arak di negeri ini khususnya di Langkawi dibekukan , ekoran banyak berlaku kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sehingga menyebabkan kematian kebelakangan ini.
Muhammad Sanusi berkata, setiap keputusan yang dibuat juga perlu mengambil kira hak masyarakat bukan Islam kerana halangan tidak boleh dikenakan jika agama mereka tidak melarang sesuatu perkara itu termasuk minum arak.
Sementara itu di IPOH, Kerajaan Negeri Perak sedang memperhalusi pelbagai cadangan berkaitan pengambilan dan penjualan arak termasuk memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan banyak kemalangan jalan raya disyaki disebabkan oleh pemabuk kebelakangan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sekiranya SOP diperketat ia akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak polis, namun sebarang keputusan bakal mengikut ketetapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Kita akan lihat kepada keperluan sama ada untuk membeku (pengeluaran lesen baharu) buat sementara atau hanya perlu mengeluarkan SOP yang lebih ketat dengan kerjasama pihak polis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan POP Travels Cer Citer di sini pada Rabu.
Ahmad Faizal berkata sebarang keputusan untuk terus menghapuskan penjualan arak perlu dilihat secara teliti kerana dibimbangi ia akan menyebabkan orang ramai mendapatkannya secara haram.
"Saya percaya kalau kita hapuskan terus, ia bukan perkara mudah tetapi apa yang penting adalah mendidik orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan mengehadkan kuantiti pengambilan alkohol.
"Jika anda mahu minum arak, minum dengan rasa bertanggungjawab, anda tidak sekali-kali minum sebelum memandu. Jangan main-main perkara ini, arak adalah satu perkara yang boleh menjadi pembunuh utama, saya risau," katanya.
Di SEREMBAN, pula Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata permohonan baharu lesen penjualan arak masih mengikut prosedur sedia ada yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Eksais di setiap daerah di negeri ini.
"Di Negeri Sembilan kita tiada isu yang melibatkan pemberian lesen baharu tetapi setakat ini hanya permohonan memperbaharui lesen sedia ada sahaja yang kita ada terima maknanya tiada lesen baharu diluluskan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Katanya syarat sedia ada bagi permohonan baharu lesen penjualan arak adalah sangat ketat dan bukan mudah untuk diperoleh.
"Kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Eksais yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di setiap negeri sebelum memproses sesuatu permohonan baharu," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menimbang cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sejak kebelakangan ini.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang berhubung penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia membabitkan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 03 2020
Sebarang keputusan untuk terus menghapuskan penjualan arak perlu dilihat secara teliti kerana dibimbangi ia akan menyebabkan orang ramai mendapatkannya secara haram. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.
Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.