PUTRAJAYA: Proses pemasangan lokar di sekolah-sekolah rendah terlibat seluruh negara dijangka dimulakan pada akhir bulan ini bagi mengatasi isu beg berat dalam kalangan murid-murid.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, fasa pertama pemasangan lokar tersebut akan membabitkan sekolah yang mempunyai dua sesi, dengan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Radzi berkata jumlah sekolah terlibat dengan pemasangan lokar itu akan diumumkan kelak.
"Untuk lokar bagi fasa satu ini kita akan laksanakan untuk sekolah yang dua sesi, untuk murid Tahap Satu. Tetapi fasa ini kita buat untuk murid tahun satu dan tahun dua (dulu).
"InsyaAllah kita akan mula pasang lokar-lokar di sekolah pada penghujung bulan. Jadi pada bulan Oktober, kita cuba ikhtiarkan semua perolehan itu telah sampai ke sekolah, dan semuanya dipasang," katanya selepas Majlis Libat Urus Bersama Editor Kanan di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan untuk menyediakan lokar di 10,662 kelas di sekolah rendah terlibat dalam usaha menangani isu beg berat dihadapi murid.
Pelaksanaannya bakal melibatkan seramai 323,186 murid dengan peruntukan bagi Fasa 1 dijadualkan bermula 2022 dianggarkan berjumlah RM37.3 juta.
Fasa 2 penyediaan lokar pula akan diperluas kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah beroperasi secara dua sesi serta dijangka dilaksanakan pada 2023.
Astro Awani
Mon Sep 05 2022
Radzi berkata, fasa pertama pemasangan lokar tersebut akan membabitkan sekolah yang mempunyai dua sesi, dengan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 terlebih dahulu - Gambar fail/BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
KPM perlu wujud jawatankuasa khas semak semula kurikulum sekolah rendah
Usaha itu wajar dilaksanakan bagi mendepani isu beg berat yang kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1.
Beg sekolah berat: 'Saya tak senyap, saya kaji penyelesaian dahulu' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, KPM juga akan mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi memantau pelaksanaan ketujuh-tujuh strategi berkenaan.
Beg sekolah berat: Tiba masa pihak swasta hulur tangan sediakan lokar
Bantuan pihak swasta perlu memandangkan buat masa kini Kementerian Pendidikan difahamkan tidak menyediakan peruntukan untuk sekolah menyediakan perkhidmatan lokar