DREBAR
Isu beg udara – ‘recall’ Honda, pusingan kedua

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) membuat susulan kepada kemaskini (update) yang mereka anjurkan baru-baru ini yang berkaitan isu beg udara. Sekarang, 46,710 lagi kenderaan tambahan merangkumi beberapa model dipanggil balik atas sebab yang sama.
Daripada jumlah itu, 26,186 unit melibatkan model City, Civic, CR-V dan Jazz dengan isu pengembung (inflator) beg udara penumpang hadapan.

20,524 unit pula adalah untuk model Accord bagi masalah pada pengembung beg udara hadapan pemandu. (Untuk model dan tahun pengeluaran yang tepat, sila rujuk jadual di akhir aporan ini)
Buat masa ini, HMSB mengatakan bahawa tidak ada insiden kemalangan ataupun kecederaan yang dikaitkan dengan isu berkaitan.
Pelanggan HMSB akan diberithau melalui surat mengenai tindakan panggil balik ini dan semua yang menerimanya dinasihatkan untuk menghantar kenderaan milik mereka ke pusat servis Honda sah yang terdekat.
Segala kos alat ganti dan kerja adalah percuma. Pelanggan juga dinasihati untuk memeriksa status kemaskini produk kenderaan mereka dengan menelefon talian 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Pada masa sama, semua model yang dijual sekarang tidak terlibat dengan panggil balik yang dijalankan.
Honda Malaysia Sdn. Bhd. menggesa agar pemilik kenderaan Honda yang terlibat di dalam kemaskini pengembung beg udara ini agar menghantar kenderaan mereka dan mendapat alat gantian di mana-mana pusat servis Honda yang terdekat.
(Untuk beg udara penumpang hadapan)
Model | Tahun pengeluaran |
City | 2008-2009 |
Civic | 2007-2009 |
CR-V | 2007-2008 |
Jazz | 2007-2009 |
Model | Tahun pengeluaran |
Accord | 2003-2007 |
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami