Selepas berlarutan selama 30 tahun, kini harapan untuk rakyat melihat masalah bekalan air di Kelantan diselesaikan, semakin bersinar.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Nik Mohamad Abduh Nik Aziz percaya, kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri dapat menyelesaikan isu itu.
"Sebenarnya masalah air di Kelantan, rakyat sudah faham bahawa isu ini amat menyeluruh dan memerlukan jumlah yang besar untuk menyelesaikannya... membabitkan kos berbilion ringgit.
"Jadi kerajaan negeri tak mampu kecuali dengan pertolongan Kerajaan Pusat. Saya yakin apabila parti PAS-UMNO sudah berada dalam kerajaan, sampai masanya untuk kita fikir bersama isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu air yang dibangkitkan rakyat Kelantan yang mengadu tidak mendapat bekalan air harian dengan sempurna.
Nik Mohamad Abduh mengakui ketika kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) terdapat usaha untuk menaik taraf kemudahan itu, namun tidak kesampaian disebabkan jatuh selepas 22 bulan mentadbir negara.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, semasa zaman pemerintahan bapanya, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masalah air di Kelantan juga tidak pernah selesai.
Katanya, mereka terpaksa menggunakan telaga untuk mendapatkan bekalan air bersih di kediaman itu.
Muhafandi Muhamad
Mon Jun 01 2020

Masalah bekalan air di Kelantan dapat diselesaikan dengan bantuan Kerajaan Pusat. Gambar fail
AWANI Ringkas: PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senator New Jersey berkeras untuk tidak letak jawatan
Senator New Jersey, Robert Menendez kekal menentang tuduhan rasuah yang dihadapinya dengan berkeras untuk tidak meletakkan jawatan.
Penutupan jalan Sungai Besi/Petaling Jaya ditangguhkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penangguhan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya hingga 1 Oktober 2024. Penutupan berkaitan dengan kerja pelebaran dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Presiden Ukraine, Ketua NATO bincang kerjasama, pulih hubungan
Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.

Rasuah urus mayat: Dua staf perubatan awam direman lima hari
Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada dua syarikat yang sama antara tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan RM3,500.
Prestasi ringgit, pasaran dunia dijangka pulih pada Q4 2023
Nilai ringgit dijangka pulih akhir 2023 didorong keyakinan pada kenaikan kadar faedah The Fed, AS. Pemulihan ini dijangka mampu menarik dana asing dan menaikkan harga pasaran tempatan selepas kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat The Fed baru-baru ini.
Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Maybank memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak
PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Khabar mengenai rombakan Kabinet terus kedengaran, dan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tdak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.

Polis rampas pil yaba bernilai lebih RM2.5 juta di Pasir Mas
Polis menahan seorang penggangur bersama 234,000 biji pil yaba bernilai lebih RM2.5 juta dalam serbuan di Pasir Mas, Sabtu lalu.

Kelantan rekod 13 kes buli dalam tempoh 9 bulan
Polis Kelantan merekodkan 13 kes berkait dengan buli dalam tempoh sembilan bulan tahun ini bermula Januari hingga September.

Ramai PATI warga Pakistan, India masuk ke Malaysia melalui Thailand
Jabatan Imigresen Malaysia mendapati ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakisan dan India memasuki negara ini melalui Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok secara haram.

Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.

Hari pertama siri jelajah Jiwa SME di Kota Bharu meriah
Turut mencuri tumpuan, bengkel keusahawanan oleh TikTok Shop, Unifi Business dan Santai Namun Sampai yang dibawakan khas oleh Bank Rakyat.

MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.

MB Kelantan beri keutamaan selesai isu air, akan jumpa PM dalam masa terdekat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu air di negeri ini.

Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat
Kelantan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.

Kelantan amal politik matang, sejahtera dengan Persekutuan
Kerajaan negeri akan meneruskan legasi meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.