PUTRAJAYA: Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau yang mengganggotai pasukan khas itu berkata laporan berkenaan yang akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah penting kerana ia dibangkitkan rakyat khususnya berkaitan bekalan.
"Kita melawat ke kedai memang sesetengah kedai tu langsung tidak ada (bekalan minyak masak paket).
Esok kita jangka akan terima laporan tentang kedudukan terkini, dan yang penting tindakan-tindakan yang sudah diambil dan setakat mana ia berkesan untuk pastikan bekalan dan harga (tidak melebihi harga siling)," katanya kepada media selepas merasmikan cawangan Richiamo Coffee ke-99 dan kiosk pertama Richiamo Coffee di sini hari ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan berkesan.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Ia dianggotai lima ahli iaitu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Mustapa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam mesyuarat pertama pasukan itu pada 30 Jun, antara perkara yang dibangkitkan ialah kekurangan bekalan minyak masak paket satu kilogram dan isu orang tengah atau kewujudan kartel dalam menentukan harga barang keperluan di pasaran.
Richiamo Coffee merupakan jenama tempatan yang memulakan operasinya sejak 2015 dan telah mempunyai 105 cawangan di seluruh Malaysia setakat ini.
Cawangan ke-99 di Menara Prisma itu dimiliki dan dikendalikan oleh Empire Coffee Works dan adalah cawangan keempat selepas Wisma Bernama (Kuala Lumpur), Universiti Malaysia Perlis dan Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

MUSTAPA: Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok. - Gambar fail/BERNAMA

Ekonomi Malaysia | Dijangka kekal kukuh pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata antara petunjuk ekonomi yang menunjukkan arah aliran pertumbuhan termasuk kadar pengangguran menurun kepada 3.8 peratus pada Jun lalu.

Barang Mahal | Bagaimana B40 menyesuaikan diri?
Sudah tentu, golongan B40 adalah mereka yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang. Semalam, saya meluangkan masa untuk mengunjungi beberapa individu yang tinggal di PPR dan flat kos rendah di ibu negara, untuk bertanya bagaimana mereka menyesuaikan kehidupan dengan keadaan yang semakin sukar.

'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.
![AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982321/thumbnails/19650021631660304234000_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar; 1. Perkembangan KDNK bukan cerminan realiti kehidupan rakyat - Kata pakar 2. Kecewa tindakan Anwar punca Naib PengerusI MPN Sabah letak jawatan 3. JHL Sabah setuju cadangan Bung Moktar tangkap buaya di Sungai Kinabatangan Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Astro AWANI dekati golongan terkesan impak inflasi di PPR Muhibbah malam ini
Buletin AWANI745 dan Agenda AWANI akan bersiaran secara langsung dari PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Hari Gajah | Kerjasama bersepadu tangani konflik manusia dan gajah
Konflik antara manusia dan gajah sering berakhir dengan kematian kerana haiwan terlindung yang menceroboh ke kawasan perkampungan dianggap sebagai ancaman. Mengelak perkara itu berterusan, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga menyeru masyarakat agar bekerjasama dengan pihaknya untuk membantu menyelamatkan haiwan itu.

KDNK | Rencana inisiatif bantu rakyat B40
Meskipun ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022, tetapi masyarakat khususnya golongan B40 masih merasai beban harga barangan keperluan asas yang mahal. Menurut Ketua Kampung Kampung Nangoh, Juan Pauting, pertumbuhan ekonomi itu diharap dapat merencana inisiatif-inisiatif lain oleh kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Serangan Buaya | Operasi tangkap buaya di Sungai Kinabatangan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menjalankan operasi menangkap buaya di Sungai Kinabatangan dalam mengurangkan kejadian serangan reptilia itu. Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata operasi berkenaan akan difokuskan di kawasan tebing sungai yang berpenduduk.

KDNK | Penduduk Sabah masih bergelut dengan pengangguran, kemiskinan
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian melihat peningkatan positif Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku kedua masih belum diterjemahkan ke dalam realiti ekonomi rakyat di negeri itu. Hakikatnya, rakyat Sabah khususnya golongan B40 masih bergelut dengan masalah peluang pekerjaan.

KDNK | Subsidi barangan asas perlu untuk kawalan harga siling
Meskipun negara catat pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini, namun pakar ekonomi berpendapat kerajaan masih perlu meneruskan subsidi dan kawalan harga siling barangan asas. Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr Nurhani Aba Ibrahim berkata ia berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan catatkan kadar inflasi 6.2 peratus, iaitu tertinggi berbanding kumpulan barangan lain.

Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

Sarawak catat dua lagi kematian akibat COVID-19
Sarawak secara keseluruhannya pada hari ini melaporkan 193 kes baharu COVID-19 dengan pertukaran status buat dua daerah iaitu Bintulu dan Bau.