awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu BMF dan masalah scammer, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
23/10/2019
23:52 MYT
Isu BMF dan masalah scammer, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Noraini minta penjelasan KPDNHEP sejauh mana kempen Dahulukan Produk Muslim memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar fail
Persoalan tentang pelarian dan langkah-langkah kerajaan untuk menjamin kehadiran mereka tidak mengancam keselamatan negara, adalah antara persoalan yang akan ditimbulkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, soalan yang diajukan Datuk Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menjadi pemula untuk sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Isu berkenaan Kempen Dahulukan Produk Muslim (Buy Muslim First atau BMF) dibangkitkan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulung) adalah antara persoalan yang menarik perhatian ramai, yang akan menyaksikan penjelasan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sejauh mana kempen itu memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Tidak kurang menariknya, soalan oleh bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang bertanyakan tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sebarang pertunjukan bersenjata yang dilakukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), susulan kematian seorang pegawai tentera baru-baru ini.
Selain itu isu berkenaan masalah 'scammer' akan dibangkitkan pada sesi jawab lisan oleh Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang berminat untuk mengetahui tentang jumlah kerugian akibat jenayah itu dan langkah kerajaan untuk membanterasnya daripada berterusan.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Angkatan Tentera Malaysia
#Dahulukan Produk Muslim
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#jenayah
#kempen BMF
#kerajaan
#keselamatan
#Muhyiddin Yassin
#noraini ahmad
#operasi
#pelarian
#pertunjukan bersenjata
#rakyat
#Rosol Wahid
#scam
#scammer
#SOP
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan