awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 'Datuk': Abdul Karim terima ugutan bakar rumah

Bernama
Bernama
08/05/2021
21:31 MYT
Isu 'Datuk': Abdul Karim terima ugutan bakar rumah
Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa. - Gambar fail
SIBU: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui, terdapat banyak individu serta netizen yang marah dengan kenyataanya mengenai ratu terjun negara Pandelela Rinong baru-baru ini.
Malah katanya, terdapat juga individu yang mahu membakar rumahnya menerusi satu komen di Facebook.
Namun Abdul Karim berkata, beliau tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.
BACA: Masih muda, belum masa Pandelela terima gelaran Datuk - Abdul Karim
Abdul Karim pada 7 Mei lalu dilaporkan sebagai berkata, pemberian gelaran 'Datuk' buat Pandelela yang meraih pingat emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 baru-baru ini belum sesuai, kerana penerjun negara itu masih muda.
"Sudah semestinya banyak anugerah boleh diberikan, tidak bermakna setiap kali menjadi juara di acara antarabangsa mesti beri anugerah gelaran Datuk, tidak semestinya begitu.
"Jadi sebab itu saya nyatakan, ada anugerah akan diberikan (kepada atlet berjaya)," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Pandelela Rinong
#Datuk
#Facebook
#ugut
#bakar rumah
#pingat emas
#Piala Dunia FINA
#laporan polis
#kebebasan bersuara
#media sosial
#kerajaan negeri Sarawak
#kejohanan sukan
#anugerah
#atlet
#penerjun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan