awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar

Bernama
Bernama
21/04/2024
09:53 MYT
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Perdana menteri berkata, isu berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kelak. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tanpa memaklumkan butiran lanjut, beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kelak.
"DNB akan diputuskan minggu depan...akan ada satu mesyuarat mengenainya," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.
Semalam, DNB dalam kenyataan dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Syarikat itu, menekankan bahawa proses tender dan perolehan pihaknya adalah mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.
DNB menyatakan demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan mengelirukan yang dibuat oleh Channel News Asia (CNA) dalam sebuah artikel bertajuk 'Malaysia's billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator', yang diterbitkan pada 19 April dan kemudiannya dilaporkan oleh beberapa media lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Digital Nasional Bhd
#DNB
#Channel News Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan