awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Black Maria' bawa OKT terbalik
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FAM: Kepimpinan Eksekutif letak jawatan secara kolektif

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/01/2026
04:27 MYT
Isu FAM: Kepimpinan Eksekutif letak jawatan secara kolektif
Menurut kenyataan FAM, keputusan itu dibuat sebulat suara berlandaskan tanggungjawab organisasi tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan atau jawatan peribadi, susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 telah meletak jawatan secara kolektif dan sukarela dengan serta-merta.
Menurut kenyataan FAM, keputusan itu dibuat sebulat suara berlandaskan tanggungjawab organisasi tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan atau jawatan peribadi, susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum.
Jawatankuasa Eksekutif menegaskan bahawa peletakan jawatan tersebut merupakan langkah berhemah dan berprinsip bagi melindungi integriti FAM, selain mencerminkan tanggungjawab bersama kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.
Antara objektif utama keputusan berkenaan ialah untuk menjaga reputasi dan kepentingan FAM, serta mengurangkan risiko yang berpotensi menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
Selain itu, langkah tersebut bertujuan menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti, khususnya dalam keadaan keyakinan awam perlu terus dipelihara.
FAM turut menjelaskan bahawa peletakan jawatan itu membuka ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menilai, meneliti serta, jika perlu, menangani perkara berkaitan tadbir urus dan hal ehwal pentadbiran badan tersebut secara bebas.
“Langkah ini juga bertujuan memastikan sebarang pembaharuan yang diperlukan dapat dilaksanakan tanpa gangguan, konflik persepsi serta berasaskan kepercayaan yang tinggi,” menurut kenyataan itu.
Walaupun Ahli Jawatankuasa Eksekutif diberikan mandat selama empat tahun bagi penggal 2025–2029, FAM menegaskan bahawa keputusan melepaskan jawatan secara sukarela selepas 11 bulan dipilih mencerminkan prinsip bahawa khidmat kepada bola sepak negara mengatasi kepentingan tempoh jawatan.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Eksekutif berkenaan menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC serta semua pihak berkepentingan berkaitan, meskipun tidak lagi memegang sebarang jawatan.
Langkah tersebut, menurut FAM, diambil bagi memulihkan keyakinan penyokong, pihak berkepentingan, rakan strategik serta komuniti bola sepak, selain memastikan kredibiliti institusi kekal terpelihara demi kestabilan, kelestarian dan pembangunan masa depan bola sepak Malaysia.
Topic Berkaitan
#FAM
#letak jawatan
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan