awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FashionValet: Vivy, suami keluar dari SPRM ditemani pegawai penyiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2024
10:10 MYT
Isu FashionValet: Vivy, suami keluar dari SPRM ditemani pegawai penyiasat
Seorang pegawai wanita SPRM dilihat berada dalam kenderaan yang membawa Vivy dan suaminya keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini jam 4.23 petang pada Rabu.
Berdasarkan pemerhatian pihak media, pasangan itu keluar dari pekarangan ibu pejabat SPRM dengan ditemani pegawai yang memakai jaket tertera nama suruhanjaya tersebut.
Pegawai wanita SPRM itu dilihat berada di kerusi hadapan kenderaan yang membawa Vivy.
Kehadiran pegawai SPRM di dalam kenderaan milik Vivy tersebut menimbulkan tanda tanya kepada pengamal media yang merakam situasi pada petang ini.
Usaha pihak media untuk menemu bual pasangan itu gagal apabila kenderaan membawa kedua-duanya tidak berhenti, sebaliknya terus meninggalkan ibu pejabat SPRM.
Menurut sumber, Vivy keluar dari ibu pejabat SPRM bagi mengambil beberapa dokumen yang diperlukan untuk siasatan.
Ditanya sama ada Vivy dan suaminya akan ditahan atau akan kembali ke SPRM Putrajaya, katanya, semua itu bergantung kepada pegawai SPRM yang menjalankan siasatan.
"Apa yang saya dimaklum, proses merakam percakapan pada hari ini telah selesai," katanya pada Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#FashionValet
#Vivy Yusof
#SPRM
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan