KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membuat pusingan U dalam isu gred beras putih seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan satu cadangan dan masih belum lagi diputuskan Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
"Pada waktu ini, belum ada pemakluman atau perbincangan di Kabinet mengenai ketetapan (satu gred beras putih) tersebut. Jadi ia bukanlah U-turn (pusingan U).
"Bagaimanapun, saya lihat kenyataan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu berniat baik dan hasratnya ialah untuk membantu mengurangkan harga barang," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, dalam konteks ekosistem beras, perbincangan dan penyelarasan juga perlu dilakukan bersama pengusaha, pekedai dan peruncit.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.
Mohamad berkata sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
Kenyataan itu susulan daripada pengumuman Syed Abu Hussin Hafiz pada 14 Feb, yang dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilapor berkata isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi berkata langkah menjenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diteliti secara menyeluruh, yang bukan hanya melibatkan perubahan pada nama namun juga fungsinya.
"Biarlah PEDi ini dapat memanfaatkan lebih ramai orang dan untuk itu ia perlu direncanakan dengan baik, kerana ada sesetengahnya memerlukan hubungan yang baik dengan beberapa agensi seperti Rukun Tetangga, Jabatan Penerangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Semalam, Fahmi berkata PEDi dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini dan ia perlu dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan, yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil beramah mesra bersama kanak-kanak pada Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai yang berlangsung di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam hari ini. - Foto Bernama
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Isu gred beras putih: kerajaan tidak buat pusingan U - Fahmi
Kerajaan tidak membuat pusingan U dalam isu gred beras putih seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan satu cadangan dan masih belum lagi diputuskan Kabinet.