Kementerian Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung penyiaran berita tanpa fakta sebenar mengenai perkhidmatan kesihatan dan warga perubatan negara ini oleh sebuah portal berita di republik itu.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata surat itu akan dihantar dalam masa terdekat selepas pihaknya berbincang dengan bahagian perundangan kementerian dan Kementerian Luar.
"Surat kepada kerajaan Singapura itu (akan) menyatakan mengenai perasaan dan pandangan kita terhadap apa yang dilakukan portal terbabit.
"Selepas itu terpulang kepada kerajaan Singapura mengenai apa yang perlu dilakukan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis peletakan batu asas pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nyior, di Sri Lalang, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan.
Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC mengulas laporan oleh portal berita The Independent yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru lewat memberikan respons sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.
Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun berkenaan mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.
Laporan juga mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
Dr Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab portal tersebut kerana segala yang dilaporkan portal berkenaan adalah suatu yang tidak berasas.
"Perkara pokoknya, ambulans sudah dihantar serta-merta.
"Tuduhan menyatakan kakitangan hospital enggan membuat rawatan jika bayaran tidak dibuat juga tidak berasas berikutan rawatan kecemasan sudah diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan waris dan anggota keluarga dari Singapura," katanya.
Beliau juga menegaskan masalah komunikasi yang timbul ekoran kakitangan hospital yang berbahasa Melayu tidak boleh dijadikan alasan kerana mana-mana hospital di dunia menggunakan bahasa ibunda.
Ditanya sama ada kementeriannya akan menuntut permohonan maaf daripada The Independent, Dr Subramaniam berkata aspek itu akan dicadangkan dalam surat rasmi terbabit.
--BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017
Dr Subramaniam mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab portal tersebut kerana segala yang dilaporkannya adalah suatu yang tidak berasas. - Gambar fail
Subsidi diesel: Hak dia nak saman, kita jumpa di mahkamah - Loke
Loke memaklumkan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui kenyataan yang dikeluarkan Datuk Armizan Mohd Ali, pada Sabtu.
[TERKINI] Hujan lebat di enam negeri sehingga lewat petang
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini.
AWANI Ringkas: Malaysia amal dasar berbaik semua negara, kecuali Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICC arah penggunaan istilah Negara Palestin dalam prosiding mahkamah
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi meminta badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi lain, termasuk yang disokong Jerman dan Israel, menggunakan istilah 'Negara Palestin' dalam hujah bertulis mereka, menggantikan istilah 'Palestin' yang digunakan sebelum ini.
800 unit darah dibekalkan ke gudang di selatan Gaza
Ia sebahagian fasa kedua kempen 'Our Blood is One' yang menyaksikan sumbangan darah dari penduduk utara Palestin dihantar ke selatan.
Tujuh maut akibat hujan lebat, angin kencang
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan jutaan orang terputus bekalan elektrik selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar paling ramai penduduk di Brazil, Sao Paulo, pada Jumaat.
Seorang maut nahas pesawat di Siberia
Seorang disahkan maut apabila sebuah pesawat penumpang dan barang, Antonov Three Rusia cuba melakukan pendaratan cemas di wilayah Yakutia di Siberia pada Ahad.
Ahli politik India, Baba Siddique maut ditembak
Menurut polis, ahli politik pembangkang di India itu diserang orang tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke kenderaannya kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan pada Sabtu.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.